Bekas suami kepada Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin mengesahkan yang dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan Laudya Cynthia Bella pada bulan September depan.
Spekulasi tentang hubungan mereka berdua sebelum ini terjawab dengan penyatuan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara. “Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja," kata seorang sumber yang enggan namanya didedahkan kepada Utusan Online. Engku Emran dikatakan telah berlepas ke Jakarta untuk bertemu dengan kedua ibu bapa pelakon Indonesia terkenal itu.
“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek,” tambah sumber itu lagi. Pasangan tersebut telah diperkenalkan antara satu sama lain oleh pelakon Nora Danish dan suaminya, Bossned. Malah, anak Engku Emran dengan Erra Fazira iaitu Engku Aleesya juga dikatakan sangat menyenangi Bella dan kedua-duanya cukup mesra sekali. Tahniah kami ucapkan dan semoga segala urusan menuju ke hari bahagia akan dipermudahkan. -CARI
|
26
Bagus |
24
Marah |
24
Terkejut |
22
Sedih |
30
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT