“Ibu, ayah di mana? Tak pulang-pulang.” Hati ibu mana yang tidak hancur berkecai bila ditanya begitu kerana hakikatnya si bapa sudah tidak bernyawa lagi.
Pembunuhan kejam yang berlaku ini bukan sahaja menggegarkan penduduk Indonesia, tapi juga dunia kerana lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Al-Zahara dibakar hidup-hidup. Sebelum dibakar, lelaki itu dipukul tanpa belas kasihan langsung gara-gara dituduh mencuri tiga amplifier dari Masjid Desa Muara Bakti pada Selasa, 1 Ogos lepas di Suka Tenang, Bekasi. Walaupun cuba menyembunyikan kematian si bapa, namun berita tentangnya sampai juga ke telinga si anak.
“Mengapa ayah dibakar seperti ayam? Adakah ayah ini ayam, bu?” Pastinya luluh hati sesiap pun yang mendengar pertanyaan sebegitu! Ini luahan isterinya, Siti Zubaidah berkenaan nasib yang menimpa suaminya. Kisah tentang keluarga ini tular dan menyebabkan netizen mula meluahkan pendapat masing-masing. Menurut laporan dari media tempatan Liputan 6, hari itu Muhammad Al-Zahara yang merupakan seorang juruteknik elektronik dan pembaikan sistem bunyi dipercayai singgah di masjid tersebut untuk menunaikan solat Asar. Disebabkan bimbang amplifier yang dibawanya dicuri, maka dia mengusungnya sekali ke dalam masjid namun malang apabila jemaah menyangkanya mencuri pula. Disebabkan itu dia dipukul dan disimbah petrol sebelum dibakar hidup-hidup. Kejam, apa salahnya siasat terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan sekali pun. Diharap agar isteri dan anak mangsa tabah menghadapi ujian hebat ini. -CARI
|
47
Bagus |
14
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninnakarinna replied at 8-8-2017 05:20 PM
Yg salah tu ialah yg mula2 buruk sangka masa arwah pegang amplifier. Terus dituduh konon curi masjid ...
ADVERTISEMENT