"Assalamualaikum Cikgu Kacak. Semalam cikgu senyum pada Shila, saya cemburu tau." Amboi-amboi dik. Cemburu punya pasal, sampai tak pergi sekolah sebab terlalu sakit hati ya?
Inilah budak-budak sekolah rendah zaman sekarang, terlalu maju ke hadapan! Baru darjah tiga dah berani bagi surat cinta pada cikgu. Itulah pengalaman seorang guru kacak bernama Hanafi yang tular di Facebook baru-baru ini gara-gara sekeping surat cinta kiriman salah seorang murid di sekolahnya, Fatimah. Kacak sangat ke? Menerusi surat itu, Fatimah meluahkan perasaan cemburunya kerana cikgu terbabit telah melemparkan senyuman kepada rakannya bernama Shila. Siap cakap cikgu berkenaan mainkan cintanya. Perasan habis!
Lebih melucukan, Fatimah tidak dapat hadir ke sekolah kerana terlalu sakit hati akibat perasaan cemburunya itu. “Saya menangis ni cikgu. Saya cuti hari ini sebab sakit hati. Mak saya belum tahu,” tulisnya. Rata-rata netizen terhibur dengan surat cinta itu, malah tak kurang juga yang khuatir dengan pertumbuhan anak-anak zaman kini yang mudah terpengaruh dengan drama dan filem. "Kenapa budak-budak sekarang maju sangat? "Adoi, ni mesti sebab banyak tengok drama Melayu," antara komen netizen. Sampai macam tu sekali penangan Cikgu Hanafi ni ya? Pernah ke korang dulu bagi surat cinta kat cikgu masa zaman sekolah rendah? - CARI
|
21
Bagus |
28
Marah |
20
Terkejut |
26
Sedih |
27
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Super-M: dia cuti hari tu, tp mcmne dia boleh bg surat tu? sorry to say, aku sikit pun xpercaya budak tulis surat tu.. bg aku cikgu ni gila viral demi nama. na ...
ADVERTISEMENT