Eh, seriuslah Shaheizy Sam muflis? Apa dah jadi sebenarnya ni? "Ejen cukai saya naik turun pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapat tahu perkara sebenar. "Jadi, saya kena tunggu penjelasan mereka sebelum mengulas lanjut," kata Sam kepada Berita Harian. Ha, itulah jawapan Sam apabila ditanya mengenai kontroversi gambar iklan notis muflis menerusi sebuah akhbar yang dipercayai membabitkan dirinya menjadi tular. Laju saja orang ramai membuat pelbagai spekulasi berhubung kedudukan kewangan Sam sebaik sahaja iklan notis berkenaan tular. Yalah, artis yang muflis, kan. Mesti semua orang sibuk nak tahu macam mana perkara itu boleh berlaku. Sam, bagaimanapun menegaskan dia tidak menerima sebarang notis daripada LHDN berhubung perkara itu. "Saya sedang menunggu penjelasan LHDN kerana tiada notis dikeluarkan selama ini. "Malah, kira-kira dua atau tiga minggu lalu, ada wakil daripada LHDN datang ke rumah untuk berjumpa. Namun, mereka tidak pula memaklumkan perkara ini kepada saya," katanya. Hm, mungkin nama saja yang sama dan kalau benar Sam orang yang dimaksudkan notis berkenaan, diharap dia dapat menyelesaikannya dengan segera. Apapun, kita tunggu penjelasan daripada LHDN okey? - CARI
|
28
Bagus |
18
Marah |
49
Terkejut |
19
Sedih |
20
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT