Jarang nampak Sharifah Amani beraksi di hadapan kamera, nampaknya ada yang merindui pelakon bertubuh genit itu. Menerusi laman mikro Twitter, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 31, atau lebih mesra dipanggil Amani menjawab persoalan seorang pengikut yang tertanya-tanya di mana dia menghilang selama ini. Menurut Amani, dia tidak pernah berhenti berlakon, cuma akan memilih yang terbaik kerana merasa bertanggungjawab untuk beri yang terbaik kepada penonton dan peminat. "Saya cuba yang terbaik dalam memilih dan melakukan kerja yang bagus, tapi makin lama makin susah nak dapat jalan cerita dan watak yang baik. Kita perlukan penulis yang lebih bagus. "Tambahan pula, zaman sekarang ni penting untuk memiliki pengikut yang ramai. Tapi saya tak kisahkan populariti, sebaliknya saya hanya mahu sampaikan cerita yang jujur," tulisnya. Macam mana? Setuju tak dengan jawapan Amani yang dia sangat memilih naskhah dan watak yang bagus memandangkan penulis kita semakin ketandusan idea? - CARI
|
3
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kibodwatriuh replied at 10-8-2017 05:32 AM
well, kalau memilih-milih bahan berkualiti lojiklah tak banyak berlakon. tak payah rujuk followe ...
shailyvelera replied at 10-8-2017 05:07 AM
berlakon boleh tahan dia ni...tapi aku pun kurang rase nk tgok tu...mcm xde tarikan sangat...
ADVERTISEMENT