Biadab sungguh, sudahlah curi buah mangga di hadapan rumah orang kemudian dengan selamba ugut mahu rogol pemilik buah tersebut. Klip video yang dimuat naik di laman Facebook Wiki Rakyat 20 jam lalu menunjukkan seorang lelaki berbangsa India sedang mengutip buah mangga di hadapan pagar rumah seorang wanita berbangsa Cina. Tidak diketahui di mana kejadian itu berlaku namun yang pasti pencuri buah itu telah melakukan ugutan rogol terhadap wanita tersebut. Keadaan menjadi tegang apabila wanita itu memberitahu si pencuri buah tersebut bahawa dia akan menghubungi polis untuk melaporkan tentang kecurian itu. "Mari lah, you panggil polis mari. Kalau polis tak ada mari saya rogol awak, ini malam saya rogol awak" kata pencuri itu.
"Curi kita punya buah lagi mahu marah-marah" jerit wanita itu. Masih tidak berpuas hati, pencuri itu mengambil beberapa biji buah mangga yang dicuri dan membaling ke arah wanita itu. "Nah ini semua lu kasi angkat, lu makan! Makan semua, tak mahu kasi orang!" Loading FB Video... Kredit video - WkiRakyat Memang kurang ajar! Kalaulah kejadian seumpama ini menimpa diri anda, apakah yang anda akan lakukan? - CARI
|
15
Bagus |
18
Marah |
25
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT