CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelajuan Internet Dunia: Singapura Di Ranking Pertama, Malaysia Ke- 63

14-8-2017 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5987| Komen: 33

Dalam satu kaji selidik terbaru, Singapura mendahului semua negara lain di dunia termasuk Malaysia dari segi kelajuan internet dengan rekod muat turun paling laju 55.13Mbps.

Berdasarkan data M-Lab, perkongsian antara Institut Teknologi Terbuka Amerika, Kajian Sumber Terbuka Google dan PlanetLab di Universiti Princeton, baru-baru ini telah mengemukakan satu hasil kaji selidik kepada Cable.co.uk. 

sumber : Business Insider

Kajian menunjukkan sebanyak lebih 63 juta ujian kelajuan jalur lebar dilaksanakan dari bulan Mei tahun 2016 sehingga bulan Mei 2017 bagi 189 buah negara di seluruh dunia ini.

Memetik laporan FMT, hasil kaji selidik menunjukkan, Malaysia menduduki tangga ke-63 dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps, manakala Singapura menjuarai carta dengan kelajuan muat turun paling laju iaitu 55.13Mbps.


Dalam erti kata lain, penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, manakala filem sama mengambil masa 2 jam 33 minit 3 saat untuk dimuat turun di Malaysia.

Biarpun di belakang Singapura dan Thailand, namun prestasi Malaysia masih dikira lebih baik daripada kebanyakan negara jiran di Asean.- CARI


Senarai kedudukan kadar kelajuan internet bagi negara-negara di rantau Asean : 

1) Singapura ; Pertama, 55.13Mbps

2) Thailand ; Ke-29 , 16.85Mbps

3) Malaysia ; Ke-63 , 6.69Mbps

4) Vietnam ; Ke-74 , 5.46Mbps

5) Indonesia ; Ke-75 , 5.19Mbps

6) Brunei ; Ke-86 , 3.83Mbps

7) Filipina ; Ke-87 , 3.69Mbps

8) Kemboja ; Ke-98, 3.1Mbps

9) Myanmar ; Ke-118, 2.09Mbps

10) Laos ; Ke-124 , 1.94Mbps
17

Bagus
23

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 14-8-2017 06:25 PM
huaaaa, iols buka porem guna opera mini tauu nasib baik walaupun iols guna basic internet ja {:smile
Quote RahmanHatim02 14-8-2017 06:44 PM
makin laju internet, makin ramai atheist   
Quote CiliPadiSedap 14-8-2017 06:46 PM
RahmanHatim02: makin laju internet, makin ramai atheist   

Hahaha.. win statement.. abah ahchong mulhid . Mak ahchong hijau vanilla.. ahchong monyet
Quote Orix 14-8-2017 06:47 PM
Ye ke Singapore laju ? Iols kalau ke Singapore selalu roaming StarHub , SingTel haukk jah... better lagi line 3G kt JB... cuma kt singapore kalau guna wifi kt premis2 diorg bru laju, sama la jugak kt sini kalo guna unifi laju.. kekadang je bongok sikit
Quote aHoi83 14-8-2017 06:50 PM
Wartawan cari bukak thread yg sama n lambat adekah berpunca dari internet malaysia yg slow???
Quote barfi 14-8-2017 06:56 PM
Haha indonesia lembap sedikit dari Malaysia. Itu yg penting
Quote aleesyasofia 14-8-2017 07:13 PM
mse prgi sngapore iols guna wifi kt hostel.. call guna whassap xde sekat2 pon.. internetnya mmg ok la..
Quote ReginaGeorge 14-8-2017 07:45 PM
Malaysia apa2 pun paling belakang.  1 to 10 paling belakang,  memang malaysia ada.  Dont worry chuols..
Quote misc 14-8-2017 08:05 PM
sg tu kecik je. boleh la cover 1 negara dgn package paling laju.
Quote nadsehun 14-8-2017 08:57 PM
Wow singapore... wlpn berjiran jauh malaysia kna tingal yea...
Quote nurul_akmar 14-8-2017 09:08 PM
aku ok je ngan tenet msia.. selagi streaming aku smooth n x lagging, aku dh gembira dah..  
Quote cmf_king_kong 14-8-2017 09:43 PM
It is not an apple to apple comparison.

Kalau nak adil kena banding Singapore dengan KL.

Even dengan Thailand pun, kena ambil kira faktor geografi.

Geography wise, Thailand takda masalah nak wired satu negara sebab unified land. Malaysia terbelah dua, semenanjung dengan borneo. So ranking Malaysia jauh ketinggalan disebabkan internet penetration di borneo masih rendah disebabkan masalah infrastruktur.

To put perspective into equal terms, kelajuan internet Indonesia 'jauh lebih baik' dari Malaysia. Walaupun 1.10mbps lebih perlahan tapi kena ambil kira yang Indonesia ada 17,000 pulau dengan household sekitar 100 juta.
Quote onexox97 14-8-2017 09:44 PM
kLu onwxox lebih dr 6.69 mbps
80mbps ada
Quote youngliving 14-8-2017 09:57 PM
kah kah kah baru tau kee? malaysia ni bayar mahal servis cikaii.. bila komplen takleh resolve tapi suh bayo gak tetiap bulan mana nak maju buat bisnes tak berkat
Quote youngliving 14-8-2017 10:00 PM
cmf_king_kong replied at 14-8-2017 09:43 PM
It is not an apple to apple comparison.

Kalau nak adil kena banding Singapore dengan KL.

tryla online kat cheras yang 10 min dari klcc tuu.. or from jalan duta.. bayar internet beratus tapi asik down.. kalau tak down, buffer cehh
Quote mbhcsf 14-8-2017 10:01 PM
tak pe lah ...syukur je, alhamdulillah ade internet dari tak der. to be honest. UK berape?
Quote shamsadis 14-8-2017 10:27 PM


ABN ada lagi ka? dulu pakai ABN sangat laju, sedap main game online
Quote Tanahmalaya 14-8-2017 10:34 PM
barfi: Haha indonesia lembap sedikit dari Malaysia. Itu yg penting

{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Quote minahsanggul 14-8-2017 10:50 PM
Patutlaaa internet ku lembap mcm siput

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.291375 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top