CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sweetnya, Suami Buat Kejutan Hadiahkan 8 Teddy Bear Besar Di Majlis Persandingan

15-8-2017 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9345| Komen: 73|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Rakyat Malaysia sememangnya kreatif dan suka melakukan perkara pelik. Ini terbukti apabila banyak kisah mengenai pasangan pengantin baru yang menjadi tular di media sosial.


Dari segi rekaan baju pengantin, konsep majlis perkahwinan, photoshot hinggalah bab hantaran, pasti ada sahaja kisah menarik yang menjadi bualan ramai.

Gambar sekadar hiasan

Terbaru, gambar sepasang pengantin baru menarik perhatian ramai apabila foto persandingan mereka mula tersebar di internet. Apa yang menariknya, Muhammad Firdaus Zainuddin, 21, membuat kejutan kepada isterinya, Nirda Rauda Mohd Yusof, 20, dengan menghadiahkan beberapa patung Teddy Bear semasa majlis persandingan mereka yang diadakan di Klang pada akhir bulan lalu.


Memetik mStar Online, patung beruang yang dihias dengan reben dan selendang untuk majlis tersebut disusun di atas pelamin bersama-sama pasangan raja sehari itu bagi sesi bergambar.

Kredit foto - Perjuanganlensa

“Saya dan isteri mula berkenalan sejak kami di bangku sekolah, masing-masing di Tingkatan Empat dan Tingkatan Tiga. Kebetulan, sekolah kami berdekatan.

“Sejak perkenalan kami selama lima tahun, isteri memang suka teddy bear. Ada juga patung beruang yang saya beli, tapi tak banyak sebab saya masih bersekolah jadi perlu menyimpan wang kalau nak belikan dia hadiah,” katanya memetik laporan mStar Online.

Lapan teddy bear yang besar itu merupakan kejutan kepada si isteri yang memang gemarkannya dari saat perkenalan mereka. Kejutan ini dijayakan dengan bantuan daripada keluarga Nyda apabila kedua-dua mempelai sedang sibuk melayan tetamu di dewan tersebut.

Jika diberikan kejutan, sudah pasti si penerima terharu. Begitu juga Nyda yang memang tidak menyangka pelaminnya itu akan dipenuhi dengan teddy bear sehinggakan dia menitiskan air mata kerana terharu.


Kredit foto - Perjuanganlensa

“Saya memang suka teddy bear yang besar sebab bukan sahaja comel tapi boleh dipeluk. Masa bercinta dulu, suami memang ada hadiahkan teddy bear tapi hanya bersaiz sederhana.

“Walaupun saya peminat teddy bear bersaiz besar, setiap pemberiannya saya terima seikhlas hati. Saya tak pernah meminta, tapi dia tahu apa yang saya suka. Memang saya teringin nak ada teddy bear banyak. Jadi, bila ada teddy bear masa majlis kahwin kami, memang saya tergamam,” ujar Nyda.

Anak bongsu daripada 10 beradik ini mengakui dia sudah memiliki lebih 16 patung beruang yang besar saiznya. Menurutnya lagi, sebahagian teddy bear itu disimpan di bilik tidurnya dan sebahagian lagi diletakkan di sebuah bilik di rumah mereka yang terletak di Klang.

“Suami merajuk bila saya peluk teddy bear ni di bilik tidur. Tapi dia merajuk ‘manja-manja’ saja, setakat peluk teddy bear tu dia faham.

“Walaupun dah kahwin, saya masih meneruskan hobi mengumpul teddy bear. Harapnya suami faham-fahamlah ya untuk terus buat kejutan teddy bear dekat saya selepas ni,” katanya secara berseloroh.

Comel kan mereka berdua ini, selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke Jannah buat pasangan mempelai ini. 

Jadi buat bakal pengantin, mungkin anda juga perlu fikirkan idea menarik untuk membuat kejutan kepada bakal teman hidup anda. Biarkan dia menangis terharu kerana bukannya selalu pun dapat buat kejutan di hari persandingan, sekali seumur hidup kan!

Cerita sini habis sini, agak-agaknya apakah jenis kejutan yang anda ingin lakukan untuk si dia di hari persandingan anda nanti? - CARI


16

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fulusss 15-8-2017 04:54 PM
tunggu la dua tiga bulan lepas tu.. mesti serabut dan tak tau mane nak simpan dua tiga ekor beruang tu... belum lagi nak pindah rumah ke..
Quote helicornia 15-8-2017 04:55 PM
entah la, i rasa biasa je tk sweet pun..jgn kecam i ye{:sing
Quote jointhecurse 15-8-2017 04:59 PM
xtau mana sweet dia
Quote EvieWanKenobi 15-8-2017 05:04 PM
kata ada 8..
tu 5 je..
Quote miemiecha 15-8-2017 05:10 PM
err... teddybear meols jd tempat letak kaki je msa bring depan tv
Quote idakamaruddin 15-8-2017 05:11 PM
budak2 lg dh kawen x matang mcmni laaa{:smile
Quote palmolive 15-8-2017 05:41 PM
5 bulan akan datang ada la bear2 tu kt mudah.myreason: upgrade
Quote iwan007 15-8-2017 05:45 PM
Baik bg patung annabelle baru sweet
Quote prettyuglybabe 15-8-2017 05:56 PM
tengok umur... ok fine
Quote putu 15-8-2017 05:57 PM
Nak buat ap teddy bear byk2? Baik simpan duit
Quote cassriena 15-8-2017 06:08 PM
budak umo 20 thn rupanya yg kawen...sweet la tuh kot bagi dia.kasi chance la
Quote diss69 15-8-2017 06:15 PM
ok laa nnti bole pass kt ank pulak...
Quote nisako 15-8-2017 06:18 PM
semak je beli byk teddy bear besar.
Quote Jeniechan 15-8-2017 06:26 PM
Awalnya kawan 20 21.hebak hebak
Quote raradhia 15-8-2017 06:59 PM
wahhh, dah kawin tahniah laa! sampai seru awal. .iols msh lg ni mencari
Quote pearl.silver 15-8-2017 06:59 PM
I antara yg tak suka teddy bear
Masa kecik ada sekor je bear..tp selamat jadi model ciptaan baju iols..kain perca lebih mak menjahit di pin kat pd badan bear.abes ilang jarum peniti mak.
1st keje beli online plush toy tigger kwn pooh tu..murah je.sebab dia panjang iols suka buat peluk..pastu xkuase nk beli2 segala patung sebab iols prefer beki bantal yg empuk. Target nk beli bantal bulu pelepah pulak.
Quote dubuk 15-8-2017 07:15 PM
choooo chweetttt
Quote ReginaBeauty 15-8-2017 08:01 PM
Sweeeettt

At least suami usaha to make his wife happy

Semoga kekal till jannah
Quote redapple10 15-8-2017 08:02 PM
Mlm nnt hadiah kan baby girl la pulak.. ada gak teman sepermainan ibunya

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054305 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top