Pulau Pinang sememangnya menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang menjadi penggemar makanan! Semua pun ada, dari makanan Melayu Pulau Pinang, Utara, Mamak, Cina, Peranakan dan sebagainya.
Pendek kata, percutian ke Pulau Mutiara pasti tidak akan membuat anda menyesal, malah mungkin tak cukup masa untuk menjelajah ke semua tempat dan juga makanan yang ada. Salah satu lokasi yang harus menjadi persinggahan anda ke sini adalah Wonderfood Museum! Kenapa agaknya? Apa yang menarik di muzium makanan ini? Boleh menikmati pelbagai makanankah? Sebenarnya di sinilah terdapat koleksi makanan seluruh Malaysia yang terkenal dipamer dalam skala gergasi.
Wow! Bayangkan semangkuk laksa bersaiz kolah dan juga cendol ais setinggi beberapa meter? Ia sebenarnya adalah replika makanan yang menjadi hal tangan pemilik muzium ini! Ia mendapat inspirasi daripada replika makanan dari Jepun namun dibuat dalam bentuk skala besar. Bukan sahaja orang tempatan malah pelancong luar juga tak melepaskan peluang ke sini. Harga tiket, sangat murah iaitu RM15 sahaja untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Jom apa lagi! Bawa anak-anak dan juga rakan ke Wonderfood! - CARI |
26
Bagus |
25
Marah |
31
Terkejut |
28
Sedih |
22
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CikPuanTaurus: Belum smpai lg pulau pinang,,Insyallah bakal next destinasi nanti
ADVERTISEMENT