"Suspek yang membawa beg galas menghampiri mangsa dan sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa." Demikian kata Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berhubung kematian seorang lelaki berusia 33 tahun akibat ditikam oleh seorang individu yang tidak dikenali. Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika mangsa, Lee Boon Guan sedang menjamu selera bersama rakan wanitanya di sebuah premis makanan segera di Rantau Panjang pada kira kira 5.45 petang kelmarin. “Selepas ditikam di bahagian dada dan belakang badan, mangsa yang berusia 35 tahun itu terus berlari turun ke tingkat bawah premis tersebut untuk mendapatkan bantuan sebelum rebah di atas tangga."
"Manakala suspek melarikan diri melalui pintu belakang premis berkenaan." Tambah ACP Ibrahim Saad, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut telah diambil oleh pihak polis untuk bantuan siasatan dan mangsa disahkan mati di tempat kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah menghubungi polis atau terus ke balai berhampiran anda. Sementara itu, difahamkan polis kini sedang giat memburu suspek dengan membuat sekatan jalan raya di Cabang Empat Salam dan di Lalang Pepuyu, Pasir Mas.- CARI |
22
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
31
Sedih |
13
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT