CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Dibelasah, Murid Tahun Satu Akhirnya Meninggal Dunia

25-8-2017 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14279| Komen: 179


sumber : Harian  Metro


Selepas empat hari menderita menahan kesakitan, seorang murid Tahun Satu akhirnya meninggal dunia petang kelmarin akibat dibelasah teruk oleh seorang murid Tahun Enam di sebuah sekolah berasrama di Kapit, Sarawak.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kesan lebam pada badan akibat disepak, manakala mulutnya ditekup dengan selimut asrama. 

Memetik laporan Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Amer Awal, mengesahkan kematian mangsa pada jam 3.30 petang di Hospital Sibu.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan."

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran.


“Suspek yang berusia 12 tahun telah kita tahan untuk disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh."

“Bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menduduki peperiksaan UPSR pada September depan."

Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian akan ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut dari pelbagai sudut untuk memastikan tiada pihak yang teraniaya, kata Amer.- CARI


15

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 24-8-2017 11:30 PM
ya Allah..again kes buli dan membawa maut...apekehe nya ni...
Quote OrenTheReturn 24-8-2017 11:31 PM
Anak haram sapa ni yg diberi pelepasann utk ambik upsr?
Quote MissMamamia75 24-8-2017 11:38 PM
Sedihnya la hai..dah la kecik2 since darjah 1 dah kena duduk asrama ..maybe sbb skolah jauh bebenor dr rumah

Tetiba kena pukul/buli pulak sampai mati

Ntah2 ramai lagi bdk2 lain yg jd mangsa si pembunuh ni..
Quote batmana 24-8-2017 11:41 PM
Ptutnya warden tdo skali kt dlm bilik pelajar.bkn rmai sgt sek asrama gtu
Quote bambimo 24-8-2017 11:43 PM
budak tu dh mati kot
Quote lil_sparky 24-8-2017 11:43 PM
Kesiannya mangsa..
Dh la kne dok jauh dr fmly
Kena dera lg

Sayu tol baca berita mcm ni
Quote lil_sparky 24-8-2017 11:43 PM
Kesiannya mangsa..
Dh la kne dok jauh dr fmly
Kena dera lg

Sayu tol baca berita mcm ni
Quote Jeniechan 24-8-2017 11:51 PM
Darjah 1 ? Yg bunuhnya darjah 6? Speechless.sampai mati pulak tu
Quote PongKang 24-8-2017 11:59 PM
siannya.. x adil sungguh kecik2 jauh dr keluarga lepas tu mati dibuli... gomen buat la sesuatu utk anak2 yg di pedalaman.. jgn la nk syok je berfunction obersea dok mansion bini pulak post ootd kt ig,  tp nasib rakyat yg ada anak2 kecil begini menderita..
Quote PongKang 24-8-2017 11:59 PM
ke warden pun join sama "blanket party" anak kecil ini?
Quote cmf_premierleag 25-8-2017 12:05 AM
Sumbat je budak nak amik upsr ni dlm skolah henry gurney..biar dia kene liwat dgn senior2 kt sana
Quote cik_noreen 25-8-2017 12:10 AM
every mth ada je news tang buli membuli ni

Quote aiwa 25-8-2017 12:11 AM
MURID tahun satu Sekolah Kebangsaan Nanga Ibun, Sungai Pilla, Batang Rejang, di Kapit  meninggal dunia di Hospital Sibu, hari ini dipercayai dipukul murid lain beberapa hari lalu.

Mangsa Jackson Nuing Awe, 7, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang selepas dua hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, pada 22 Ogos lalu bapa mangsa yang berusia 35 tahun menerima panggilan dari sekolah yang memaklumkan anaknya ditemui tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan cedera pada badan dan kepala mangsa.

"Disebabkan curiga dengan keadaan anaknya, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya bagi mengesan individu yang terbabit.

"Berdasarkan laporan yang diterima, polis menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang belajar di sekolah sama dengan mangsa," katanya.

Amer berkata, suspek ditahan empat jam sebelum mangsa disahkan meninggal dunia hasil maklumat yang diperoleh polis.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati mangsa mengejek nama bapanya.

"Suspek kemudian menumbuk dan menendang mangsa beberapa kali sehingga mangsa lemahs seterusnya tidak sedarkan diri.

"Polis sudah mengambil keterangan daripada suspek dan dia dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih bawah umur," katanya.

Amer berkata, bagi melengkapkan siasatan, polis juga akan memanggil guru besar dan guru untuk diambil keterangan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan satu pasukan khas diketuai Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintendan Freddy Bian untuk memantau siasatan.
Quote aiwa 25-8-2017 12:13 AM
ganas betul budak ni. hanya kerana ejekan nak membunuh
Quote MyNameIsIris 25-8-2017 12:39 AM
OrenTheReturn replied at 24-8-2017 11:31 PM
Anak haram sapa ni yg diberi pelepasann utk ambik upsr?

Kan... i baru nak tanya benda yang sama. Mohtip jilake ni diberi pelepasan untuk ambil upsr? Pegi mati lah upsr dia....
Quote MyNameIsIris 25-8-2017 12:43 AM
Kalau ada sesiapa tibai anak i... i sanggup ye tibai balik budak tu.. siap
Quote bawalputih 25-8-2017 12:47 AM
Sedih ada,nak marah pun ada baca berita ni.. kecik lg dik...
Quote husie91 25-8-2017 01:25 AM
Murungnha baca berita macam ni. Apa dah jadi ni dikkk
Quote mawarika 25-8-2017 01:37 AM
Nyawa takde nilai ke? Dah bunuh org, rilek je bole  amek upsr. Budak mcm ni bahaya.

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.189808 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top