"Kami tak boleh merasa selesa dan ambil mudah kekuatan Indonesia pada aksi malam esok." Demikian kata kapten pasukan negara, Adib Zainuddin berhubung pertemuan pasukan Malaysia dengan Indonesia dalam aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) malam Sabtu ini. Adib cuba mengingatkan rakan sepasukan walaupun Indonesia akan beraksi tanpa tiga tonggak utamanya, namun pemain Indonesia mempunyai semangat berjuang yang tinggi. "Jadi kita perlu waspada setiap ancaman pemain Indonesia terutamanya jentera serangan mereka. Mereka sangat bagus dan boleh menjaringkan gol." Adib turut berkeyakinan tinggi bahawa pasukan negara dapat mencipta kejutan kerana peluang untuk memenangi pingat emas amat cerah berikutan sokongan peminat yang cukup memberangsangkan.
Tegas kapten pasukan itu, tewas kepada Indonesia 3-0 pada aksi kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok, bulan lalu tidak seharusnya menjadi gangguan mental atau penghalang untuk menjadi juara dalam saingan kali ini.- CARI |
sinalegna replied at 25-8-2017 07:59 PM
Puak seberang kata timnas diorang xcukup rehat. Baru je lwn vietnam smalam
ADVERTISEMENT