Biarpun pelbagai usaha pencegahan dilakukan oleh pihak berkuasa namun gejala pengambilan ganja di kalangan penuntut institut pengajian tinggi dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Semalam, sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam ditahan penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya kerana didapati mengambil ganja secara berkumpulan di sebuah pangsapuri. Memetik laporan Harian Metro, ketika serbuan yang dilakukan kira-kira 2 pagi semalam, kumpulan penuntut terbabit berada dalam keadaan khayal di sebuah unit pangsapuri dipercayai disewa mereka. Menurut Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilnizar Nordin, peralatan menghisap dadah dan ganja ditemui dan pelbagai alasan diberikan oleh penuntut untuk melepaskan diri.
“Mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda memberi alasan perlu menghisap ganja sebelum belajar kononnya untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari." Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas semua individu berusia 19 tahun hingga 23 tahun itu mendapati mereka positif ganja. Semua penuntut itu dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi penagihan dadah boleh menghubungi mana-mana pejabat AADK terdekat untuk tindakan lanjut.- CARI |
10
Bagus |
18
Marah |
24
Terkejut |
27
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Penglipurtales replied at 28-8-2017 11:02 AM
Bodoh, aku belajar dulu jarang isap ni sbb nnt belajar kelaut.
MH3707 replied at 28-8-2017 11:40 AM
kau tak isap ganja,,,tp syabu kan,,,sbb syabu kalu isap tak kelaut
MH3707 replied at 28-8-2017 11:40 AM
kau tak isap ganja,,,tp syabu kan,,,sbb syabu kalu isap tak kelaut
FOTHER-MUCKER replied at 21-10-2017 03:21 AM
Lobai sebelah berharap sangat kerajaan halalkan ganja. Saya cukup hairan kenapa mereka kata hisap ga ...
saladin780 replied at 20-10-2017 03:47 PM
Lobai sebelah ?
ADVERTISEMENT