CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2017: "Sila Berkelakuan Baik"- PDRM

29-8-2017 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3702| Komen: 38


sumber : internet


Tepat jam 8.45 malam ini, pasukan bola sepak negara iaitu Harimau Malaysia akan bertarung dengan Thailand di Stadium Shah Alam bagi merebut pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Justeru, pihak polis memberi amaran kepada penyokong kedua-dua pasukan agar berkelakuan baik kerana pegawai polis akan melakukan tahanan di lokasi sekiranya sesiapa didapati membuat kacau.

Memetik laporan The Star, pihak polis sekali lagi menegaskan terdapat 'tiga larangan' sepanjang perlawanan akhir pada malam ini, antaranya dilarang membawa payung, dilarang membawa bahan letupan dan dilarang berlagak samseng. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berharap peminat bola sepak kedua-dua pihak dapat menzahirkan semangat kesukanan yang sewajarnya ketika perlawanan pada malam ini. 


Selain itu, beliau menyeru para peminat datang awal ke stadium memandangkan terdapat pemeriksaan di pintu masuk stadium yang akan dibuka pada pukul 4 petang. 

Bagi memastikan para peminat memasuki dengan teratur, pihak penganjur membuka pintu B, C dan D untuk peminat Malaysia.

Manakala untuk peminat Thailand, mereka boleh menggunakan pintu A untuk masuk ke dalam stadium.- CARI

sumber : http://boladaily.com/



14

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 29-8-2017 12:54 PM
lwn siam lebih aman drp lwn yindon
.
Quote lee_haru 29-8-2017 12:56 PM
ye la...sila behave...jgn bt malu
Quote Iema5008 29-8-2017 01:05 PM
Nasib yindon dah tersungkur awal. Kalau tak, jenuh lg pdrm nak btugas. Lagi satu, kalau boleh haramkn bawa botol kaca.. Sbb senang nak baling ke arah pemain.. Utk safety..
Quote jerukkedondong 29-8-2017 01:07 PM
Brp harga tiket finale ni...saja tanya...
Good Luck Harimau.....aummmmmmm
Quote harkktuih 29-8-2017 01:10 PM
jerukkedondong replied at 29-8-2017 01:07 PM
Brp harga tiket finale ni...saja tanya...
Good Luck Harimau.....aummmmmmm

RM 21.20 include gst..

kalau kat ulat tiket RM150 - 200 stakat mlm td..
Quote dubuk 29-8-2017 01:12 PM
baik lah                                             
Quote jerukkedondong 29-8-2017 01:22 PM
harkktuih: RM 21.20 include gst..kalau kat ulat tiket RM150 - 200 stakat mlm td..

Ohai murah je lah....tq hark..ko g stadium ke...kita tgk kat mamak biriyani je lah ehhhh....{:good
Quote Elle_mujigae 29-8-2017 01:44 PM
Aye aye captain! Will behave..promise tak ejek2 penyokong lawan..haha {:kill{:run
Quote syadq 29-8-2017 01:52 PM
Iema5008 replied at 29-8-2017 01:05 PM
Nasib yindon dah tersungkur awal. Kalau tak, jenuh lg pdrm nak btugas. Lagi satu, kalau boleh haramk ...

Botol air plastik, nasi lemak pon tak boleh bawak masuk. Kena pandai seludup.
Quote Skuau 29-8-2017 02:16 PM
Jgn lupa 'minta maaf' ngn pnyokong lwn kalo pasukan kita jaringkan gol.....{:hooray
Quote RatuDunia94 29-8-2017 02:25 PM
Thailand please kasi can kat Malaysia mlm ni.. Hehe
Quote white_musk 29-8-2017 02:31 PM
Teruknya lelaki melayu.  Akak sokonh pasukan thailand..  
Quote nuril86 29-8-2017 02:44 PM
tiket dah abes.... sbb dah dibagi pade pihak2 lain secara percume.... org lain beratur susah payah tp org lain yang dpt...... untunglaaaaa
Quote lkick2113 29-8-2017 02:48 PM
white_musk replied at 29-8-2017 02:31 PM
Teruknya lelaki melayu.  Akak sokonh pasukan thailand..

Jangan lah macam tu Kak. Bukan Rusia lawan pin. Akak kan half malay
Quote chacon 29-8-2017 02:48 PM

go go harimau malaysia.. go go thunder balan




Quote paz 29-8-2017 02:59 PM
Elok-elok sikit perngai tu, jangan nak buat malu Malaysia.
Quote Si_diam 29-8-2017 04:43 PM
Huhu gdluck msia{:love
Quote should 29-8-2017 04:49 PM
Mesti thai yg menang
Quote white_musk 29-8-2017 05:15 PM
should replied at 29-8-2017 04:49 PM
Mesti thai yg menang

Insyaallahh

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.046125 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top