Hanya lima hari ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Abang Long Fadil 2 telah berjaya meraih kutipan RM5 juta sekaligus mencapai carta box office 2017. Sebaik bertemu penonton di layar perak bermula 24 Ogos lalu, naskhah arahan Syafiq Yusof itu berjaya memotong populariti filem hebat Hollywood Annabelle: Creation dan filem Kollywood Vivegam. Memetik laporan Cinema Online, sekual kepada filem Abang Long Fadil itu turut mendahului kutipan filem sebelum ini. Sokongan pempamer untuk menayangkan filem itu di pawagam mereka juga semakin meningkat daripada 130 ke 135 termasuk di Brunei dan Singapura.
Filem itu mengisahkan Fadil yang terjerumus ke dalam lembah mafia, didalangi Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Keadaan memaksa Fadil menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukan seorang pembunuh. Abang Long Fadil dibintangi oleh Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Wak Doyok, Achey, Tania Hudson, A Galak dan Shuib. Difahamkan, J Revolusi arahan Mohd Zulkarnain Mohd Azhar masih merupakan filem tempatan paling laris dalam carta box office tahun ini dengan kutipan keseluruhan RM7 juta.- CARI |
Orix replied at 31-8-2017 11:25 AM
Best nau nau ke ? Compare dgan polis evo, berbaloi tak
ADVERTISEMENT