CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggal Bersendirian, Budak Maut Jatuh Dari Tingkat 13

7-9-2017 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6336| Komen: 52

Gara-gara ditinggalkan berseorangan di rumah, seorang budak lelaki berusia enam tahun terjatuh dari tingkat 13 rumahnya.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Blok 45 Menara Orkid, Sentul itu menyebabkan Muhammad Amrin Su Syuqron Ngah Mohd Suhaimi maut akibat kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, anggota polis bergegas ke sana sebelum menemui mangsa di laluan pejalan kaki di hadapan blok berkenaan.

Foto: Harian Metro
"Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik tinggal berseorangan di rumah berikutan dua adik beradiknya masih di sekolah.

"Bapanya didapati baru keluar rumah pada 3 petang manakala ibunya berniaga pisang goreng di hadapan menara itu," katanya.

Kematian mangsa disahkan oleh seorang petugas ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Forensik HKL untuk dibedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kami ingin menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak - anak kecil bersendirian di rumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku," tambahnya.

Kes disiasat di bawah Sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya ada unsur kecuaian ibu bapa atau penjaga.-CARI
15

Bagus
8

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OrenTheReturn 7-9-2017 02:53 AM
Bapakk baruu keluarrr buatt apa tu? Nak g lepakkk dgn kawan2 ke?
Quote OrenTheReturn 7-9-2017 02:56 AM
Kat msia mcm mana law nye? Sampaiii umur berapa tahun budak2 taklehhh tinggalll unattended?
Quote OrenTheReturn 7-9-2017 02:58 AM
Ke bapakkk dia marahh dia ke apa budak tu sedihh? Bukan blh percaya sgtttt, dah jadi mcm ni takkan nak cerita
Quote nour2001 7-9-2017 05:27 AM
Takpe boleh buat anak lagi......
Quote Sufeenan 7-9-2017 05:47 AM
Innalillahi wa inna ilaihirojiun....
Quote Pink_Purple 7-9-2017 05:50 AM
mungkin dia tgh tidur,

bapa dia nak keluar sekejap.bangu2 xde sapa,mula mencari
Quote sukacactus 7-9-2017 06:10 AM
Panjang nama arwah
Salam takziah pada family
Semoga dapat pengajaran dr tragedi ni
Quote EvieWanKenobi 7-9-2017 07:36 AM
Innalillah.. Selalu sangat dah terjadi..
Quote jazaa100 7-9-2017 07:41 AM
OrenTheReturn replied at 7-9-2017 02:53 AM
Bapakk baruu keluarrr buatt apa tu? Nak g lepakkk dgn kawan2 ke?

Ha..ha...cekap oren tangkap...

Betul gak tu...mak meniaga goreng pisang, harap bapak jaga ank sbb bapak tak kerja...tetiba bapak nk kuar lepak dgn kwn....klu mak tau, tentu dia bwak ank tu ke gerai..

Quote minguk 7-9-2017 08:32 AM
Innalillah.. Takziah
Quote minguk 7-9-2017 08:32 AM
Innalillah.. Takziah
Quote c===8 7-9-2017 08:38 AM
sukacactus replied at 7-9-2017 06:10 AM
Panjang nama arwah
Salam takziah pada family
Semoga dapat pengajaran dr tragedi ni

zaman ni majority mmg namakan anak yg dirasakan lain dari yg lain
Quote ifanonline 7-9-2017 08:39 AM
knp la ibu bapa zaman kini bangang2 belaka? mungkin kesan radiasi dr facebook, insta, yg menyebabkan parents jadi biol dan bengap sama sekali
Quote putehkundor 7-9-2017 08:41 AM
bapak tu kerja ke tidak?
ke harap bini aje berniaga?

apa salahnya bawak sekejap budak tu...6 tahun kot, bukannya 16
Quote raradhia 7-9-2017 08:47 AM
kesian, tanggungjawab xada. .sdgkan iols kucing iols pun kalau xnpk depan mata dah mencari, ini lg anak ko biarkan bgtu ja? alahaii, walau apa pun alasan. .mn ble biarkan anak. .dah tahu rumah tu tinggi. .
Quote haryatie 7-9-2017 08:51 AM
Ya Allah..kesiannnya budak tu
kecuaian parents ni
da byk kes mcam ni..ank2 jd mangsa sbb kecuaian makbapak
hujung2 salahkan takdir
Quote leylapple 7-9-2017 08:52 AM
kalau kat negara maju, anak2 ditinggalkan tanpa pengawasan org dewasa akan dikenakan tata tertib dan blh dipenjarakan. anak2 akan diambik oleh social worker.

so msia nie tak payah berangan2 nak jadi negara maju kalau tak blh nak hired nanny jaga budak bila rasa2 gatal membujang tu kembali
Quote vanillaninja 7-9-2017 08:55 AM
Innalillah.
Quote mejaputih 7-9-2017 08:59 AM
"Katanya, kes berkenaan juga akan disiasat di bawah Sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya ada unsur kecuaian ibu bapa atau penjaga."

harap ada susulan utk kes ini...jgn senyap camtu alasan simpati.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049882 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top