Sejajar dengan usaha memperkasakan tenaga pengajar untuk Tabika dan Taska Kemas, hanya graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak akan diutamakan dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu mulai tahun ini. Memetik laporan Bernama, jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah transformasi yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ini selaras dengan perkembangan semasa supaya sekurang-kurangnya tenaga pengajar yang berkelayakan sekurang-kurangnya kelulusan diploma menjelang tahun 2020. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Tabika/Taska Permata Kemas dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera di Bera, kelmarin.
Tambahnya, seramai 7,365 guru Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas telah memiliki diploma dengan gred jawatan S27 menerusi Program Diploma Awal Kanak-kanak yang dilaksanakan sejak 2006. Dalam pada itu, seramai 1,000 orang lagi sedang melanjutkan pengajian diploma di pusat pengajian tinggi di seluruh negara. Selain itu, bagi tujuan pembangunan dan aktiviti Kemas, KKLW memperuntukkan sebanyak RM700 juta setiap tahun yang membabitkan 11,215 kelas Tabika dan 499 kelas Taska di seluruh negara.- CARI
|
15
Bagus |
20
Marah |
28
Terkejut |
16
Sedih |
23
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT