CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pantang Larang Tak Masuk Akal Semasa Hamil, Ibu-Ibu Tolong Semak! Pernah Terkena Tak?

11-9-2017 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18274| Komen: 26|Original author: Kandungan Tajaan

Bertuahnya setiap wanita yang dapat merasai nikmat mengandung, rasa macam diri kitalah orang yang terbahagia di dunia saat doktor mengesahkan tentangnya.


Dah terbayang nak beli-belah, buaian dan segala-galanya kerana tak sabar nak menanti kehadiran si comel yang bakal menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Pastinya setiap bakal ibu akan menjaga kesihatan sebaiknya menurut apa yang disarankan doktor, hasil dari kajian yang dijalankan sendiri menerusi carian Internet atau nasihat yang diberikan oleh orang di sekeliling.

Bila menyentuh tentang saranan dari ibu bapa, kawan-kawan dan sebagainya, mulalah wujud pantang-larang waktu mengandung yang kadang-kadang tidak masuk akal langsung dan tidak terbukti dari segi kesihatannya.

Nak tahu mitos atau pantang larang yang biasanya dimomokkan kepada kebanyakan ibu-ibu mengandung? 

Ini antaranya: 


1. Ibu mengandung tak boleh bela kucing
Kalau sebelum mengandung, kucinglah tempat bermanja, takkan lepas mengandung nak campak si bulus tu ke tepi jalan sahaja kan? Memetik portal kesihatan Health Direct, boleh terus bela cuma kalau najis minta tolong suami untuk tolong buangkan. Takut najisnya akan menyebabkan penyakit yang dipanggil Toxoplasmosis dan membawa bahaya kepada kandungan.

2. Boleh tahu jantina bayi dengan melihat bentuk perut
Tak payah percaya kalau ada makcik-makcik yang cakap perut bulat akan dapat anak lelaki atau perut bentuk lonjong dan 'tajam' akan dapat anak perempuan. Mitos semuanya, kalau nak tahu pergi sahaja buat Ultrasound scan di klinik atau hospital, itu pun kadang-kadang ada juga bayi yang berbeza jantinanya daripada hasil ujian.

3. Tak boleh lakukan seks semasa hamil
Siapa cakap? Tiada sebab untuk menghalangnya kecuali jika doktor menghalangnya atas faktor kesihatan yang tertentu.

4. Tak boleh menaiki kapal terbang pada trimester yang terakhir
Salah, boleh terbang bila-bila masa, cuma ada sesetengah syarikat penerbangan melarangnya bagi mengelakkan sebarang risiko pesawat mendarat kecemasan akibat wanita yang mahu bersalin.

5. Susu untuk ibu mengandung boleh menyebabkan kegemukan
Mengarutnya! Rugi betul ibu mengandung kalau tak minum susu Frisomum Gold kerana ia mempunyai 52% lebih rendah lemak berbanding susu penuh krim.

Dahlah rasanya sedap, kaya pula dengan asid folik yang membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan fetus. 

Minum susu dapat membekalkan nutrien-nutrien penting kepada ibu-ibu mengandung. Kalau hari-hari minum Susu Frisomum Gold, ibu-ibu tak perlu lagi khuatir kerana ia boleh membantu menambah nutrisi dalam badan yang hilang akibat loya dan muntah-muntah.

Bukan itu sahaja, zat besi dalam susu Frisomum Gold kan menjadikan wanita hamil sentiasa tampil cergas, tidak mudah letih dan mengekalkan fungsi kognitif yang normal (Ministry of Health Malaysia, Putrajaya. 2005. pp: 166).

Bukan sahaja banyak manfaat pada si ibu, susu amat digalakkan untuk memastikan janin dalam rahim membesar dengan baik (PLOS Neglected Tropical diseases. 2012. 6(4): e1608), dan menyokong tumbesaran kandungan di dalam perut.

Jika anda mencari susu yang baik untuk anda, Frisomum Gold adalah satu-satunya susu untuk ibu hamil yang mengandungi prebiotik dan probiotik untuk membantu penghadaman yang baik selain kaya dengan nutrisi seperti vitamin C, selenium, asid folik, zat besi dan kalsium.

Jangan lupa untuk minum dua gelas (1 gelas=200ml) Frisomum Gold setiap hari dan makan makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan zat besi harian semasa hamil!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.frisogold.com.my/ms/products/frisomum-gold.  -CARI

*Artikel ini dibawa kepada anda khas daripada Frisomum Gold bersama Dr. Nicholas Lim, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Hospital Columbia Asia Petaling Jaya.
21

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
6

Sedih
17

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 11-9-2017 11:52 AM
biasa la mak jemah, semua benda nak sibuk pasal org...benda yg tak de pun diadakan....kalau tgk dlm ig, huh semua nak bagi nasihat, kdg meluat pulak baca walau bukan aku yg di tarbiahkan tu hahahhah
Quote susukambingbest 11-9-2017 12:18 PM
bentuk perut tu 80% tekaan mmg betul bak kata acik kepam n nenek bwang. bentuk perut bulat bby boy, perut lonjong n rata bby girl. bab hbngn sex tu, sbaiknya blh dilakukn pd bln2 akhir utk bntu buka laluan bg yg xprnh branak atau jnis sush branak. tp pndai2 la cari psisi yg xmnekan perut tu klau yg jnis snang branak bak teran berak jer tu, usah dia amalkn, kang xsdar tgh siang ikan trus trberanak
Quote kikuri 11-9-2017 12:38 PM
masa mngandung ank 1st elok je aku tido ngan kucing. aku ngn ank aku sihat je. tp sayang ank 1st aku xberapa suka kucing
Quote fishcracker 11-9-2017 12:52 PM
Yang no 2 tu memang betul2 terkena kat iol,sume yang duk telek perut iol cakap xy...bile scan haaaa nah..99.9% kate gynae xx
Quote Rainrein 11-9-2017 12:54 PM
Yang no 2 tu still boleh digunapakai.  Ai kalu balik kg jumpa sorang macik jiran MIL nih,  relax je teka jantina anak dalam perut and x penah miss lagi.
Yang no 4 ni je dia belum teka sebab asal ai balik kg je dia xde datang melawat sebab gi dok ngan anak dia dah lama x balik umah sendiri.
Quote lolita737 11-9-2017 01:16 PM
kalau yg no 2 tu i senyum je la kat makcik2 yg sibuk duk teka tu..sepanjang mengandung ni xpernah lagi la kena pantang larang mcm kt atas tu..

Quote skinsandstars 11-9-2017 01:23 PM
Demm last skali promote susu rupanya artikel ni zzzz.
Quote chinta89 11-9-2017 02:41 PM
ujung2 promote susu.
Quote lililen 11-9-2017 03:21 PM
Hujung2 promo susu pulak {:smile
Quote yayangmama 11-9-2017 03:22 PM
biasalah, yang main teka2 perut tu

even anak da 4 pon bila org tgk perut org teka terasa teruja jgk...haha
Quote True-X 11-9-2017 03:24 PM
Aku naik flight sampai 35 weeks
Quote ally9970 11-9-2017 04:35 PM
Bapaknya takleh gi mancing waktu wife mengandung...nanti kenan ikan
Quote EncikRhoma 11-9-2017 04:42 PM
nak promot susu rupanya
Quote mamapea 11-9-2017 04:44 PM
susukambingbest replied at 11-9-2017 12:18 PM
bentuk perut tu 80% tekaan mmg betul bak kata acik kepam n nenek bwang. bentuk perut bulat bby boy,  ...

skrg ni makcik bawang femes...kt fb semua dok ckp makcik bawang...apa maksud makcik bawang tu? aku x faham...
Quote miemiecha 11-9-2017 05:20 PM
cehhh ujung2 sebab nk pomot susu jadah dia
Quote susukambingbest 11-9-2017 07:26 PM
mamapea replied at 11-9-2017 04:44 PM
skrg ni makcik bawang femes...kt fb semua dok ckp makcik bawang...apa maksud makcik bawang tu? aku ...

makcik2 n tokcik2 yg kupas bawang serai lgkuas kt kenduri2 smbil2 mulut brgosip mngata mngumpat org (khas utk yg mulut kuat brgosip je, yg ikhlas mulut baik xtrmasuk wlaupun mreka kupas bwang jg)
Quote Super-M 11-9-2017 07:34 PM
bab kucing tu jangan amik ringan k.. kalau kucing yg kau bela even kucing kampung tp bervaksin tak pa. jangan bela kucing tapi tak bervaksin. bahaya.

ni terjadi dlm keluarga sendiri ya.. sil mengandung aku dh cakap jangan dekat dgn kucing, keluarkan dr rumah kucing2 tu, sbb kucing tu berpenyakit lepastu xdi vaksin. ada yg mata xda, masa tu ada yg xpasal2 mati lah kucing jiran. kucing tu ada masa mcm sawan lah tercekik2 gitu. kucing tak divaksin suka naik atas meja makan.

masa bersalin xda rezeki anak sil aku meninggal. masa nak lahirkan tu meninggal. mmg lahir kecik sgt. doc cakap kalau hidup pun budak tu cacat. doc amik darah semua buat lab test..result dr ujian darah menunjukkan ada jangkitan drpd kucing. aku mmg ikut, pakar tu tanya ada bela kucing ke apa semua lah.. bila mengandung kali k2 mmg doc suruh jaga rapi Alhamdulillah ok. nak bela kucing ok, tp pastikan bervaksin.
Quote mizruncing 12-9-2017 09:55 AM
motif susu sbb gemok haha
Quote mizruncing 12-9-2017 09:56 AM
dah mmg mengandung akan gemuk pn. xyh la sbb susu ke ape huhu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top