Seseorang yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya merasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian. Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekiling mereka juga kurang selesa tambahan jika baunya terlalu kuat. Memetik laporan Oddity Central, sebuah syarikat di Jepun baru-baru ini mencipta robot anjing yang boleh memberitahu sekuat mana bau busuk kaki anda menerusi pengesan yang dipasang pada bahagian hidung robot itu. Yang menariknya, robot yang diberi nama Hana-Chan itu akan menggerakkan ekornya sekiranya kaki anda tidak berbau busuk. Bagaimanapun, ia akan mula menyalak apabila kaki anda berbau busuk.
Lebih melucukan lagi, robot anjing ini akan terbaring dengan sendirinya seolah-olah pengsan sekiranya bau terlampau busuk. Difahamkan, bau kaki merupakan sesuatu yang penting di Jepun kerana budaya mereka menanggalkan kasut setiap kali memasuki mana-mana rumah. Malah, bau kaki yang busuk juga dianggap sesuatu yang memalukan di Jepun.- CARI
|
22
Bagus |
31
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT