"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ambil tindakan segera mengenal pasti pusat pendidikan yang berisiko tinggi berlaku kebakaran di seluruh Johor." Memetik laporan Berita Harian, demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dalam kenyataan yang dikeluarkan media rasmi dan komunikasi keluarga diraja Johor, Royal Press Office (RPO) hari ini, susulan tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi kelmarin. Tegas baginda pusat pendidikan yang dimaksudkan termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan menengah. "Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa tempatan jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka."
Baginda bertitah, pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen atau permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil. Sultan Johor bertitah langkah itu bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku di Johor. Baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran sekolah agama di Kuala Lumpur yang meragut nyawa 23 pelajar dan guru. "Saya amat sedih dengan tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. Tragedi itu amat menyayat hati." "Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa," titah baginda.- CARI |
14
Bagus |
18
Marah |
23
Terkejut |
29
Sedih |
15
Lawak |
35
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT