Susulan kes tragedi kebakaran pusat tahfiz, polis telah menahan tujuh remaja termasuk lima suspek utama bagi membantu siasatan. Memetik laporan Berita Harian, lima daripada tujuh ditahan merupakan penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.
Sumber berkata, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan. "Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan," katanya, memetik BH. Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian. Difahamkan juga pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang. - CARI |
Decaffeinated replied at 16-9-2017 08:52 PM
OK kali ni wartawan CARI agak laju....
Worthy of support from forummers
Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.
"Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan," katanya.
Selain itu, sumber berkenaan juga berkata suspek dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz dengan membawa naik tong gas serta tilam ke tingkat tiga.
Suspek juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam sebelum menyalakan api.
"Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol," katanya.
SELEPAS ITU ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM TELAH PERGI KE KIOSK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH MEMECAH MASUK KIOSK BERKENAAN DAN MENCURI (2) TONG GAS BERWARNA MERAH DAN HIJAU
mbhcsf replied at 16-9-2017 09:01 PM
ada benarnya SM Naquib Al Attas membawa satu term ADAB ...
FanTasyCreaTioN replied at 16-9-2017 09:09 PM
FC delete no IC dan nama penuh sebab masih suspek saja
KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DA ...
ADVERTISEMENT