Ngeri melihat keadaan seorang penunggang motosikal yang cedera selepas besi berukuran kira-kira satu meter menembusi tapak tangannya. Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Leburaya PLUS berdekatan susur keluar Yong Peng Utara.
Sebelum kemalangan Mohd Zul Afkar 22, bersama lebih 19 penunggang lain berkonvoi dari Klang Selangor untuk pergi menjamu selera di sebuah restoran di Yong Peng. Walau bagaimanapun malang menimpa apabila batang besi berkenaan melayang mengenai mangsa selepas sebuah kenderaan melintasi mereka. Menurut saksi yang juga rakan, Mohamed Fiqry Jaafar, 25, berkata, "Selepas besi berkenaan mengenai Zul, dia masih mampu mengawal motosikalnya sebelum berhenti dan rebah kesakitan. Mujur bakal tunangnya, yang membonceng membantu mengawal motosikal Zul.
"Saya sangkakan besi itu hanya kecil tetapi sebaik jaket yang dipakai Zul dibuka, kami tergamam melihat besi berkenaan yang menembusi tapak tangan kanannya dan menyebabkan jari telunjuknya patah." Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. -CARI
|
12
Bagus |
13
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 17-9-2017 02:01 PM
kemain dik dr klang ke johor korang berkonvoi
bw anak dara org blm ada pape ikatan
insulin replied at 17-9-2017 03:07 PM
Kan. Baru bertunang je tu.
idakamaruddin replied at 17-9-2017 03:11 PM
belum lg katanye bakal tunang
means gf dia la tu
ADVERTISEMENT