Berang kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki bernama Stanley bertindak ganas memukul kepala kedua anak dan isterinya dengan menggunakan tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya. Menurut laporan Jakarta Post, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari Jakarta. Menurut Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap, kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri suspek terbabit. Katanya, setelah beberapa jiran datang ke rumah mangsa, suspek dikatakan keluar dari rumah dan mengamuk sambil memecahkan beberapa kenderaan dan cermin tingkap beberapa rumah dengan menggunakan tukul besi itu.
"Penduduk kampung kemudian keluar beramai-ramai dan menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya. Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak dan isterinya dimasukkan ke hospital kerana cedera parah di bahagian kepala.- CARI
|
6
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
18
Sedih |
4
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT