Sejak awal Febuari lalu, hubungan negara kita dengan Korea Utara mula tegang susulan insiden pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2.
Namun, difahamkan perkara tersebut tidak menjejaskan jalinan hubungan baik antara Korea Utara Dengan kerajaan negeri Johor. Semalam Charge D'Affairs Korea Utara, Kim Yu Song dilaporkan mengadakan kunjungan ke Istana Bukit Serene, Johor untuk bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Memetik laporan Sinar Harian, selain membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia, pertemuan kali ini turut membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan 'AFC Asian Cup UAE' 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.
"Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara," petik kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers Dalam pada itu, hasil pertemuan itu juga menyaksikan Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara. "Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. ALLAH Peliharakan Sultan," petik kenyataan itu lagi.- CARI |
2
Bagus |
4
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alya_daniela replied at 20-9-2017 06:49 PM
nak pergi korea utara tu utk apa je
ADVERTISEMENT