KUALA LUMPUR – Semakin berani! Sebuah medan selera yang beroperasi secara terbuka di Jinjang Selatan secara terangan menggunakan GRO terdiri daripada wanita warga asing untuk menarik kehadiran pelanggan. Dalam’ Ops Sayang’ Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya awal pagi semalam, seramai 26 wanita warga asing dari Indonesia, Myanmar dan China ditahan. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata hasil risikan yang dilakukan, ke semua gadis itu berpakaian seksi serta memperagakan diri di atas pentas disediakan oleh penganjur. Menurutnya, pelanggan akan memberikan cenderahati berupa kalungan bunga ataupun mahkota yang dibeli pada harga RM5 dan RM55 sebagai tanda mereka berminat untuk mendapatkan khidmat mereka atau boleh dibawa pulang. “Ketika serbuan terdapat lebih 50 pelanggan di medan selera itu yang turut menghidangkan minuman keras serta dikawal ketat oleh tonto,” katanya. Abdul Malik berkata, anggota terlebih dahulu menyusup masuk ke dalam medan selera itu bagi memastikan kesalahan dilakukan. “Mereka cuba menggunakan wanita-wanita ini sebagai daya penarik dan serbuan ini berjaya hasil daripada maklumat diberikan oleh orang awam,” katanya. Pemeriksaan lanjut ke semua wanita itu masuk ke negara menggunakan pas lawatan sosial dan serta ada yang langsung tidak memiliki dokumen sah. Ke semua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
|
9
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eny posted on 23-8-2013 04:43 PM
wah, 'ops sayang' gitu,..hikhik abg bertopi tu gumbira terlibat dlm ops ni, dpt cuci mata ke
“Ketika serbuan terdapat lebih 50 pelanggan di medan selera itu yang turut menghidangkan minuman keras serta dikawal ketat oleh tonto,” katanya.
ADVERTISEMENT