Khabar duka daripada pelakon Noryati Taib yang dilaporkan kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan diabetes.
Harian Metro melaporkan, anak saudaranya yang juga pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohamedin memberitahu pelakon berkenaan mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital. Menurut Sharulezad, minggu lalu Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabates dan telah dibenarkan keluar hospital kelmarin. "Tiba-tiba semalam dia mengalami sesak nafas. Dia dibawa semula ke hospital dan doktor terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma. "Hari ini sepupu saya memaklumkan dia dalam keadaan kritikal," katanya. Ramai yang menyukai Noryati membawakan watak Makcik Petri, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama-drama lakonannya. Moga pelakon ini kembali pulih seperti sedia kala hendaknya. - CARI |
3
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT