Nabil Ahmad meluahkan rasa kecewanya dengan sikap sesetengah artis Malaysia yang perasan diri mereka sudah bagus kononnya.
Malah menurut pengacara dan pelawak ini, dia lebih gemar mengendalikan acara atau majlis yang langsung tidak melibatkan artis. "Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis. Sebabnya kebanyakan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu. Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan," kata Nabil kepada mStar Online.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 33, juga mendapati yang artis Malaysia memang ada sifat malas memberi tepukan atau sorakan terhadap rakan artis yang berada di pentas. Disebabkan itu jugalah dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang selebriti tetapi hanya seseorang yang bekerja untuk industri seni. Menjadi artis yang selalu dikecam, ini semua adalah pengalaman peribadi Nabil sendiri kerana sudah biasa tidak mendapat sokongan rakan selebriti lain ketika mengendalikan acara hiburan. Betul ke apa yang Nabil luahkan tu, apa pendapat orang lain pula? -CARI
|
19
Bagus |
17
Marah |
32
Terkejut |
8
Sedih |
19
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 27-9-2017 11:43 AM
betul la pulak apa yg haji bil ni cakap..
mixed replied at 27-9-2017 11:51 AM
setuju kali ni dgn bang bill
good job
LaksamanaBentan replied at 27-9-2017 12:02 PM
Bangbil backup jijang kah?
mat_arof replied at 27-9-2017 12:06 PM
betul tu nabil..saya setuju,
cuba tgok anugerah Golden Globe , Academy Awards ...
ADVERTISEMENT