Hari ini pihak DRB-Hicom mengumumkan perlantikan rasmi Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB). Memetik laporan Bernama, pelantikan ini susulan tindakan pengunduran Datuk Ahmad Fuaad Kenali dari jawatan tersebut berkuat kuasa 30 September 2017. Li Chunrong dipilih oleh rakan strategik kereta nasional itu, Zhejiang Geely Holding (Geely) yang memiliki pegangan saham sebanyak 49.9 peratus dalam Proton. Beliau akan dibantu oleh Datuk Radzaif Mohamed yang kekal sebagai posisi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (PONSB). Dilaporkan Chunrong bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi Proton melibatkan penegeluaran, pembuatan, operasi, kualiti, penyelidikan dan pembangunan serta penjualan dan pemasaran. Sebelum ini, beliau bertugas di Dongfeng-Honda Engine Co Ltd dan menyertai Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, pada Ogos lalu. Beliau memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam bidang industri automotif dan memiliki pengalaman bekerja dengan jenama antarabangsa lain seperti Kia dan Dongfeng. Pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Sri Syed Faisal Akbar berkata pemilihan Chunrong adalah pilihan yang tepat dan dengan kerjasama semua pihak dapat memacu kejayaan buat Proton. Sementara itu, pada majlis yang sama DRB-Hicom turut mengumumkan perlantikan Winfried Vahland menyertai Lembaga Pengarah PONSB. Warga Jerman itu merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Skoda Auto, anak syarikat milik penuh Kumpulan Volkswagen. Pengalaman 33 tahun beliau dalam bidang automotif, Vahland pernah menjadi Presiden dan CEO Volkswagen di China pada 2005 selain menjadi Naib Presiden Global Volkswagen AG.- CARI
|
lkick2113 replied at 29-9-2017 02:16 PM
As long as dia perform OK je... Volvo pun CEO China... Tak meroyan Swedish {:run
Muntz replied at 29-9-2017 01:06 PM
Cina China lebih dipercayai berbanding Cina local.
ADVERTISEMENT