CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Belum Terima Satu Sen Pun" - Ibu Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz

2-10-2017 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20492| Komen: 179

Beberapa ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mempersoalkan ke mana perginya wang derma orang ramai.

Memetik FMT, mereka mengadu masih belum menerima sumbangan yang dikumpul dan menuntut pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmood dapat memberi penjelasan.



Foto: Astro Awani

Menurut seorang ibu mangsa yang tidak mahu dikenali, Zahid pernah berkata sekolah akan menyimpan 30 peratus daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada keluarga 21 mangsa yang terkorban,  cedera, mahupun trauma.

“Kami belum menerima satu sen pun,” katanya.


Seorang lagi ibu mangsa tampil mendakwa sekolah itu sering menganjurkan lawatan bertemu perdana menteri dan tokoh lain ketika Hari Raya dan majlis lain.

“Orang-orang ini akan memberi wang kepada anak kami, tetapi sekolah hanya membenarkan anak kami menerima sebahagian kecil daripada jumlah tersebut dan pihak sekolah memegang sejumlah besar untuk keselamatan, atau kami diberitahu,” katanya.

Terdahulu, Zahid memaklumkan kepada media, sekolah itu mengumpulkan hampir RM1 juta sumbangan dan merancang untuk memberi apa yang termampu kepada ibu bapa mangsa. 



Zahid bagaimanapun, tidak hadir pada pertemuan bersama ibu bapa malam Sabtu lalu, sebaliknya menghantar wakil.- CARI

4

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tricomonas 2-10-2017 11:55 AM
Lagi mau tanya ka....itu duit sudah kena cilok la....
Quote white_musk 2-10-2017 11:59 AM
Redho lah..  Tak redho tak masuk sorga tau..
Hantar anak pergi sekolah tapis sebab nak dapat duit ke
Quote batmana 2-10-2017 12:02 PM
ptutnya pengetua kene brnggunjawab

klu xde tindakan, harap pihak keluarga, report polis, SPRM , psl duit jadi gelap la ni.

abis nk salahkn tukang sapu sekolah ka bila jadi cmni?, sapa lagi salah klu bukan pihak pengetua

Quote batmana 2-10-2017 12:03 PM
white_musk replied at 2-10-2017 11:59 AM
Redho lah..  Tak redho tak masuk sorga tau..
Hantar anak pergi sekolah tapis sebab nak dapat duit  ...

mana ada mana2 agama suh redho klu benda salah lar?apa2 salah msti kna tindakan



Quote dizzzek 2-10-2017 12:04 PM
batmana replied at 2-10-2017 12:02 PM
ptutnya pengetua kene brnggunjawab

klu xde tindakan, harap pihak keluarga, report polis, SPRM , p ...

1,000,000 simpan FD sebulan 3%/12bulan = RM2500 free...tangguh lagi sebulan..RM5000 free buta je
Quote gigahertz 2-10-2017 12:06 PM
batmana replied at 2-10-2017 04:02 AM
ptutnya pengetua kene brnggunjawab

klu xde tindakan, harap pihak keluarga, report polis, SPRM , p ...

Lepas ni pengetua otak jadi kotor. 25 org mati kutipan derma hampir 1juta. Kalau semua kasi bakar? Kay beb
Quote krustykrab 2-10-2017 12:06 PM
Beliau berkata sekolah itu sering menganjurkan lawatan bertemu perdana menteri dan tokoh lain semasa Hari Raya dan majlis lain.
“Orang-orang ini akan memberi wang kepada anak kami, tetapi sekolah hanya membenarkan anak kami menerima sebahagian kecil daripada jumlah tersebut dan pihak sekolah memegang sejumlah besar untuk keselamatan, atau kami diberitahu,” katanya.


tak fahamlah, kalau dah tau benda mcm ni dah lama berlaku, kenapa nak sekolahkan anak kat situ jugak.
dan perluke duit sumbangan tu diberi pada keluarga mangsa? untuk apa?
Quote gigahertz 2-10-2017 12:06 PM
white_musk replied at 2-10-2017 03:59 AM
Redho lah..  Tak redho tak masuk sorga tau..
Hantar anak pergi sekolah tapis sebab nak dapat duit  ...

Kalau nak uji iman seseorang suruh dia pegang duit
Quote white_musk 2-10-2017 12:07 PM
batmana replied at 2-10-2017 12:03 PM
mana ada mana2 agama suh redho klu benda salah lar?apa2 salah msti kna tindakan

Redholah org derma kat sekolah tapis bukan secara peribadi.  Duit derma yang masuk sekolah tapis,  sekolah tapis punya lah.  
Quote white_musk 2-10-2017 12:09 PM
dizzzek replied at 2-10-2017 12:04 PM
1,000,000 simpan FD sebulan 3%/12bulan = RM2500 free...tangguh lagi sebulan..RM5000 free buta je ...

Halal ke bunga2 bank conventional begitu?  Tau ke mana bank tu laburkan duit tu sampai boleh dapat fixed dep tetap mcm tu.  Hahaha
Quote white_musk 2-10-2017 12:09 PM
gigahertz replied at 2-10-2017 12:06 PM
Kalau nak uji iman seseorang suruh dia pegang duit

Kenapa pula?
Quote gigahertz 2-10-2017 12:14 PM
white_musk replied at 2-10-2017 04:09 AM
Kenapa pula?

Ye la. Amanah. Kejujuran. Kesetiaan akan di uji.
Quote white_musk 2-10-2017 12:15 PM
gigahertz replied at 2-10-2017 12:14 PM
Ye la. Amanah. Kejujuran. Kesetiaan akan di uji.

Jika dia pegang amanah elok elok jujur tapi tak pakai tudung bagaimana pula keimanannya?
Quote mdhelmi 2-10-2017 12:19 PM
xde terbaca pulak pengetua tu kata nk bg bulan 10 ke bulan 11 ke bulan 12 ke tahun depan ke
sedangkan permohonan kerajaan pon max 6 bulan baru dpt jawapan
rasanya mmg akan bagi tu, tunggu jela
Quote gigahertz 2-10-2017 12:22 PM
white_musk replied at 2-10-2017 04:15 AM
Jika dia pegang amanah elok elok jujur tapi tak pakai tudung bagaimana pula keimanannya?

Bagi la amaun yang banyak cth dia tak pakai tudung pastu kerja cleaner kita suruh dia pegang 10k. Bank in ke bagi duit dlm beg ke. Lepas 1 bulan kita ambil balik.

Jangan test orang dengan amanah dia mampu.

Pakai tudung atau tidak itu urusan dia ngan Allah. Ni aku maksudkan internal. Solat 5 waktu cegah keji dan mungkar. So kasi test la.
Quote moonbug 2-10-2017 12:24 PM
30% sekolah punya. 70% = 700k bahagi 25 keluarga dpt RM28k each family. Diorang nak buat kenduri tahlil utk arwah anak2 kot tu
Quote leylapple 2-10-2017 12:24 PM
sedangkan sekolah tu dapat sumbangan VVIP tiap2 bulan pun tak membaikpulih bangunan tu ikut tahap keselamatan yang sepatutnya..

lagi nak persoalkan hasil derma orang?

p/s that is why i skeptikal sangat dgn tahfiz tak berdaftar nie.. pengasas pun kita tak tau sapa...
Quote dizzzek 2-10-2017 12:33 PM
mdhelmi replied at 2-10-2017 12:19 PM
xde terbaca pulak pengetua tu kata nk bg bulan 10 ke bulan 11 ke bulan 12 ke tahun depan ke
sedangk ...

ini tunai orang rmai derma terus masuk akaun...x perlu proses red tape style kerajaan.
Quote boboiyot 2-10-2017 12:34 PM
leylapple replied at 2-10-2017 12:24 PM
sedangkan sekolah tu dapat sumbangan VVIP tiap2 bulan pun tak membaikpulih bangunan tu ikut tahap ke ...

Betul2. ....dpt tau dr sumber2 yg blh dipercayai mmg skolah ni byk terima sumbangan vvip & 1 of their favourite. Siap 'kak long' kita derma bln2. Tp nak kata ye ke tak...xtau....harap2 depa bkn mcm tu la.

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.095498 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top