CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Tempat Paling 'Sakit' Di Dunia, Yang Akhir Tu Boleh Bikin Sakit Jantung!

3-10-2017 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15754| Komen: 43|Original author: Oleh: Maly Rosli

Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ini, di manakah tempat paling menakutkan pada anda?

Mungkin anda tahu kewujudan 7 tempat seram atau menggerunkan ini, tapi belum berkesempatan untuk mengunjunginya. Bagi anda yang memang tak tahu kewujudan tempat-tempat ini, jom tengok satu-satu!


Kalau tengok sahaja, mungkin tak rasa apa-apa, tapi cuba bayangkan anda berada di situ dan situasi yang mungkin akan berlaku kepada anda seperti dalam filem seram atau thriller. Pasti meremang bulu roma!


1. Pulau Anak Patung - Mexico


Mengikut legenda, seorang lelaki menemui sebuah anak patung berhampiran lokasi anak perempuannya yang mati lemas di sekitar pulau itu. Dia menganggap roh anaknya memasuki anak patung berkenaan dan kemudiannya menggantung anak patung tersebut di pokok.


Lelaki itu kemudiannya mengumpulkan semua anak patung terbuang dan membawanya ke pulau berkenaan, lalu meninggalkan keluarganya untuk menetap di pulau berhantu itu.



Pelancong boleh mencabar keberanian mereka dengan cuba untuk bermalam di kabin usang lelaki itu dan baring bersama patung 'anaknya'. Tapi siap sedialah apabila menjelang senja. Anda berani bermalam di kabin usang bertemankan anak-anak patung menyeramkan di sebuah pulau bersendirian?


2. Kubur Bawah Tanah Capuchins - Itali


Terletak di bandar Sicilian di Palermo, selatan Itali, kubur bawah tanah ini terkenal dengan pengebumiannya yang unik kerana mempamerkan mayat seperti di muzium. Lihatlah, mereka seolah-olah masih hidup lagi!



Dikhabarkan, seorang lelaki mabuk yang tertidur di dalam tempat ini ditemui dalam keadaan yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke hospital mental. Apa yang berlaku kepada dia agaknya?


3. Kampung Boneka Nagoro - Jepun


Kalau anda dah bosan hidup di bandar yang bingit dan menyesakkan, bolehlah singgah di desa Nagoro yang berhantu ini!



Semua boneka ini dicipta bagi menggantikan penduduk asalnya dari nelayan, murid-murid sekolah, mahupun guru-guru. Lebih kurang 350 boneka menjadi penghuni tetap kampung ini di samping 37 penduduk kampung yang masih 'hidup'.


4. Keranda Tergantung - Sagada, Filipina


Berbeza dengan pengebumian biasa, penduduk tempatan menggantungkan keranda di tebing bukit. Tapi, untuk dikebumikan dengan cara ini ada syaratnya iaitu orang yang mati itu perlulah sudah berkeluarga dan memiliki cucu.


Mereka percaya bahawa lebih tinggi keranda digantung, lebih dekat roh si mati dengan syurga.

 
5. Bandar Berhantu, Centralia - AS


Sekali tengok, nampak macam dalam permainan video seram Silent Hill pula. Bandar ini pada asalnya merupakan sebuah bandar perlombongan, namun ditinggalkan penduduknya selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.

Terdapat banyak bangunan yang sudah musnah, jalan runtuh dan paling menyeramkan adalah kepulan asap yang keluar dari celah-celah tanah!


6. Hospital Tinggal Beelitz-Heilstätten - Jerman


Kita biasa nampak pemandangan ini dalam filem seram. Tak kurang, pasti ada yang terasa macam nak buat aktivit Seekers di dalam bangunan ini, kan?

Selama bertahun-tahun, ia berfungsi sebagai sanatorium tuberkulosis dan sebuah hospital tentera, yang pesakitnya termasuk Adolf Hitler. 
Hari ini, beberapa wad masih digunakan sebagai pusat pemulihan neurologi, tetapi hampir seluruh kompleksnya sudahpun ditinggalkan.


Cuba bayangkan anda berdepan dengan doktor atau jururawat gila di dalam bangunan ini. Kat mana nak menyorok ya?


7. Taman Arca Veijo Ronkkonen - Finland


Taman ini tempat paling pelik dan menakutkan di Finland kerana terletak di pedalaman hutan dan dipenuhi dengan patung arca menyeramkan.


Veijo Ronkkonen merupakan seorang artis Finland terkenal, tetapu seorang yang sangat pemalu. Sebahagian besar karyanya 'tersembunyi' di halaman belakang rumahnya sendiri.

Foto: BrightSide

Bayangkan anda tersesat di sini ketika sedang melarikan diri daripada seorang psikopat. Fuh, boleh kena sakit jantung dibuatnya! - CARI
29

Bagus
22

Marah
28

Terkejut
28

Sedih
34

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che_yatt 3-10-2017 06:46 PM
ni memang menyeramkan..jangan harapla nak bermalam kat tempat-tempat ni{:run{:run
Quote DeeHanania 3-10-2017 06:50 PM
Menyeramkan...
Quote ms.engine 3-10-2017 07:13 PM
Tengok pn da seram apatah lg kalau pi sana
Quote tiang@pi 3-10-2017 07:27 PM
Kat malaysia xde ke
Quote Zasss777 3-10-2017 07:38 PM
Kampung Boneka Nagoro tu sgt menyeramkan! Teringat cerita Wax apa tah yg satu bandar org dia kena wax jadi patung.
Quote mrizumi 3-10-2017 08:40 PM
Scary gak weh....
Quote awekjepun 3-10-2017 08:59 PM
Pelik2.. ada ke yg prnh pergi tmpat ni?
Quote Catpaw 3-10-2017 09:37 PM
Zasss777: Kampung Boneka Nagoro tu sgt menyeramkan! Teringat cerita Wax apa tah yg satu bandar org dia kena wax jadi patung.


Best kan cerita wax tu. Sampai sekarang i ingt huhuuu
Quote Revolver 3-10-2017 09:58 PM
pulau anak patung tu mmg scary wei.... bagi sejuta pun aku tak nak pegi
Quote aidia 3-10-2017 10:25 PM
Seramnya.. Especially hospital tu
Quote lil_sparky 3-10-2017 10:53 PM
Semuanyaaa skeriiiii
Quote pearl.silver 3-10-2017 11:21 PM
Kampung jepun tu buat teringat story damerung kat bod mps
Quote WhiskeyScotch 4-10-2017 12:28 AM
Ish!!!! Tapi teringin juga nak pergi!
Quote Husnaazri 4-10-2017 03:27 AM
Aduh menyesal baca. Tak tido dah mak jemah
Quote merrissa 4-10-2017 07:27 AM
aku rasa malaysia lagi seram..........xde benda yg x seram kat malaysia ni
Quote EvieWanKenobi 4-10-2017 07:33 AM
baru tau kewujudan tempat2 ni..
hospital tu seram..
Quote rosa_canina 4-10-2017 08:04 AM
semua2 pn nmpk seram
Quote makton 4-10-2017 08:12 AM

kat malaysia tempat tu ada kat putrajaya
Quote makton 4-10-2017 08:12 AM
Zasss777 replied at 3-10-2017 07:38 PM
Kampung Boneka Nagoro tu sgt menyeramkan! Teringat cerita Wax apa tah yg satu bandar org dia kena wa ...

cite yg paris hilton berlakon tu ke?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.129170 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top