Umum tahu gula sering digunakan sebagai bahan perasa dalam masakan untuk menambah kemanisan makanan mahupun minuman. Tapi, adakah anda tahu gula boleh digunakan untuk tujuan lain? Malah, ia sangat bermanfaat dalam kehidupan seharian kita tau!
Apa saja yang gula boleh buat selain dijadikan bahan pemanis makanan? 1. Penghapus kotoran Anak terlalu lasak bermain di padang sehingga melekat tanah dan rumput? Taburkan gula pada kawasan terjejas tadi. Biarkan selama 40-60 minit. Betulkah berkesan cara ini? Kalau nak tahu, kenalah cuba sendiri. 2. Mengekalkan kesegaran bunga Gula juga boleh membantu mengekalkan kesegaran bunga. Anda cuma perlu tambah 3 sudu gula dan 2 sudu cuka ke dalam air. Gula baik untuk batang bunga, sementara cuka akan menghalang pertumbuhan bakteria. 3. Skrub bibir Basahkan jari dengan air sebelum dilumurkan dengan gula. Kemudian gosok dengan lembut bibir anda. Kaedah ini sangat bangus untuk bibir kering dan mengelupas. 4. Skrub muka Skrub wajah anda menggunakan gula dapat membantu menjadikan kulit wajah lebih bersih dan lembut. Campurkan 1 sudu gula, 1 sudu tepung beras dan 1 sudu susu segar. Sapukan campuran tadi pada wajah dan gosok perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian biarkan kering sebelum dibilas dengan air sejuk. 5. Skrub badan Bajet tak cukup nak beli skrub? Hanya dengan gula dan minyak sahaja sudah mencukupi untuk membersihkan kulit tubuh anda! Caranya: Campur 3 sudu minyak sayur (lebih bagus kalau guna minyak zaitun) dan 4 sudu gula. Kemudian, sapukan pada tubuh dan gosok dengan perlahan sebelum dibilas dengan air suam. 6. Tapak kaki kasar? Jangan risau! Campuran gula dan minyak pudina adalah skrub pengelupasan yang sangat bagus untuk tapak kaki anda. Gula membantu menyingkirkan sel kulit mati dan minyak membantu melembap serta melembutkan tumit. 7. Luka, tapi tak ada ubat atau minyak gamat? Menurut Brighside, kajian mendapati gula pasir membantu mempercepat proses penyembuhan luka. 8. Oww, sakit kena gigitan serangga? Hanya letakkan sedikit gula pada tempat yang terkena gigitan serangga, mudah-mudahan ia membantu mengeluarkan bisa dan menghalang pembengkakan daripada berlaku. Semoga info ini bermanfaat buat anda semua. - CARI
|
26
Bagus |
13
Marah |
25
Terkejut |
20
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 5-10-2017 03:18 PM
Good info. Thanks
Nk try scrub bibir yg menggelupas ni
abangadek replied at 5-10-2017 06:18 PM
kalau luka tu kena tambah kopi, ayah iols buat dulu kalau luka masa kecik2
pearl.silver replied at 6-10-2017 08:37 AM
Betul2
Ayah iols pun buh kopi masa tapak kaki kakak terbelah pijak kait rambutan
abangadek replied at 6-10-2017 11:35 AM
aaaaaaaa.. sakitnyaaa, kenapa pijak galah uols? nk uji kekebalan kaki kah
ADVERTISEMENT