Tony Pua mempersoalkan mengapa ahli parlimen Pakatan tidak diundang melawat tapak kerja KLIA2 jika Kementerian Pengangkutan yakin projek itu berjalan lancar mengikut jadua
PETALING JAYA: Ketua Publisti DAP, Tony Pua mempersoalkan mengapa ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dijemput melawat tapak kerja KLIA2 jika Kementerian Pengangkutan yakin projek itu berjalan lancar mengikut jadual. “Jika Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi begitu yakin bahawa pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti yang dijadualkan, apa sebabnya sehingga hari ini pihak kementerian masih enggan menjemput ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk melawat tapak kerja KLIA2,?” kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu. Selasa lalu, Abdul Aziz berkata, beliau memberi jaminan dan yakin pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti dijadualkan dan berpuas hati dengan kerja dilaksanakan kontraktor. Menurut Tony Pua, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga telah memberikan jaminan sebelum ini bahawa lapang terbang kos rendah itu akan bermula operasi pada 2 Mei 2014 dan tidak akan ditunda lagi.
Katanya, isu kelewatan pembinaan KLIA2 yang sepatutnya siap pada September 2011, dan peningkatan kos pembinaan daripada RM1.7 bilion sehingga memcecah RM4 bilion telah dibangkitkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat sejak dua tahun lalu. Menurutnya, kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memberi jaminan bahawa kos tidak akan meningkat dan kerja pembinaan tidak akan lewat. Akan tetapi, kata Tony Pua akhirnya, pihak MAHB terpaksa mengakui bahawa projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan kos telah melonjak ke RM4 bilion. “Sejak dua tahun lalu, kami telah meminta satu sesi perjumpaan dengan pihak menteri dan lawatan ke tapak pembinaan KLIA2. Kali terakhir permintaan ini dibuat semasa parlimen bersidang pada bulan Jun dan Abdul Aziz memberitahu permintaan ini akan dipertimbangkan. `Permintaan belum ditunaikan’ “Akan tetapi, sehingga hari ini, permintaan kami masih belum ditunaikan dan nampaknya pihak menteri langsung tidak berkeyakinan bahawa projek KLIA2 dapat disiapkan seperti yang dilaporkan,” kata Tony Pua dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, Abdul Aziz yang telah dilantik sebagai Ketua “KLIA2 Taskforce” berkuasa untuk melibatkan pihak kami dalam satu lawatan ke tapak pembinaan untuk menghancurkan kritikan pembangkang. Bagaimanapun, Tony Pua mendakwa, kementerian langsung tidak bersifat telus dan tidak berani berbuat begitu kerana adanya udang disebalik batu yang tidak dilaporkan kepada media mengenai projek ini. “Kita dapat perhati bahawa sikap MAHB dan kementerian selama ini adalah untuk menuding jari kepada pihak lain tanpa mengakui bahawa keputusan-keputusan MAHB untuk memindahkan tapak KLIA2 dan juga ketidakcekapan pengurusan projek telah menyebabkan penundaan projek berkali-kali,” tambah beliau lagi. Menurut Tony Pua, pihak berkenaan telah menafikan tuduhan daripada MAHB dan rakyat masih kabur dan tidak mendapat kebenaran dalam skandal yang telah memakan perbelanjaan sebanyak RM4 billion ini. Akibat peningkatan kos, katanya MAHB sekarang telah dilaporkan terpaksa meminjam lagi sebanyak RM1 bilion melalui penawaran sukuk dengan kos yang lebih tinggi. Sikap kerahsiaan MAHB dan kementerian menunjukkan bahawa segala jaminan yang diberi oleh kedua-dua pihak adalah jaminan kosong dan ada isu-isu besar yang ingin dikuburkan supaya rakyat tidak akan mengetahui kebenaran atau pihak yang bersalah tidak akan dikenakan sebarang hukuman., katanya |
dualchicks posted on 23-8-2013 07:44 AM
Kerana kami mahu pastikan kelentong rakyat berjalan lancar mengenai KLIA2
dualchicks posted on 23-8-2013 07:44 AM
Kerana kami mahu pastikan kelentong rakyat berjalan lancar mengenai KLIA2
sashin posted on 23-8-2013 10:18 AM
kena jemput pakai kad jemputan n red carpet ker? bukan kau dok sibuk mempertahan hak china doll ker?
PerKasa posted on 23-8-2013 10:45 AM
Tony Pui ni asik nak bantai melayu je
asalkan melayu yg ada kaitan dia akan bantai
ADVERTISEMENT