Pokok palma dan Los Angeles bagai sukar dipisahkan. Ia sangat sinonim di kalangan penduduk dan juga para pelancong yang berkunjung ke LA. Imej pokok palma sering menghiasi pelbagai poster pelancongan sehinggalah poster filem berlatarkan LA.
Namun, kini dikatakan LA bakal kehilangan ratusan pokok palma kerana ia telah dijangkiti dengan kulat dan juga penyakit, selain usia pokok palma yang semakin uzur. Malah, dikatakan pihak perbandaran juga tidak bercadang untuk menggantikan atau menanam pokok palma yang baru, menurut Los Angeles Times. Sebaliknya, pihak berwajib bercadang untuk menggantikan pohon palma yang sudah mati dengan pokok spesis lain yang boleh beradaptasi dengan cuaca kering di sana.
"Pokok palma memang ikonik dan juga indah, namun LA kini berhadapan dengan gelombang panas, oleh itu kami memerlukan pokok yang lebih bertahan, selain mampu memberikan suasana redup dan menyejukkan bandar," ujar Elizabeth Skrzat, pengarah program City Plants. Pada tahun 1990, dilaporkan terhadap 75,000 pokok palma di seluruh jalan di LA. Dilaporkan kini kuantitinya semakin mengecil dan LA semakin kehilangan pokok ikonik ini dalam masa 50 tahun akan datang. - CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nisako replied at 7-10-2017 06:02 PM
tanam je le apa2 pun......
ADVERTISEMENT