CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Leka Main Telefon Bimbit, Mak Suruh Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran

12-10-2017 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8728| Komen: 38|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Sedar atau tidak, aktiviti harian kita sebenarnya lebih banyak dihabiskan dengan media sosial. Kemana sahaja kita berada, peranti mudah alih pasti menjadi teman setia. 

Menurut CEO Facebook, Mark Zuckerbeg, pengguna di seluruh dunia menghabiskan waktu rata-rata lebih dari 50 minit sehari menggunakan Facebook, Instagram dan Messenger. Ini belum termasuk WhatsApp.

Baru-baru ini tular sebuah video menerusi media sosial popular Weibo mengenai tindakan seorang wanita yang membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam mangkuk restoran hanya kerana leka dengan telefon bimbitnya. 

Memetik Mynewshub, wanita tersebut tidak menghiraukan permintaan anaknya yang masih kecil untuk ke tandas sebaliknya mengambil langkah mudah dengan menyuruh anaknya kencing di dalam mangkuk sup kosong yang terdapat di atas meja tersebut.



Akibat tindakannya itu, wanita itu dikecam kerana tidak menjaga kebersihan dan tidak menghormati pelanggan lain.

Tetapi, wanita itu dengan angkuh menyatakan mangkuk yang digunakan anaknya itu memang mangkuk kotor dan akan dibasuh.

“Ia tidak menjadi masalah kerana mangkuk tersebut akan dibasuh juga oleh pekerja restoran itu,” katanya dipetik laporan Daily Mail.

Pengurusan restoran itu terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan wanita itu. Malah, seorang pelayan restoran yang bekerja di sana menyatakan dia tidak pernah lihat insiden seperti ini dalam tempoh 10 tahun.

Disebabkan faktor kebersihan, pengurusan restoran berkenaan mengambil keputusan untuk membuang kesemua pinggan mangkuk yang telah digunakan wanita tersebut.

“Saya tidak faham apa yang difikirkan wanita itu. Kami menyediakan tandas di setiap tingkat untuk kegunaan pelanggan,” ujarnya.

Kejadian pelik dan menjijikkan ini dilaporkan berlaku di Beijing, China.

Persoalannya, adakah anda juga tergolong dalam salah seorang ibu bapa yang gemar menghabiskan masa dengan peranti mudah alih hingga sanggup membiarkan anak-anak bermain seorang diri? Jika ya, berubahlah sebelum terlambat kerana banyak kesan negatif yang akan dihadapi di kemudian hari. - CARI



4

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote palmolive 12-10-2017 05:16 PM
wah alasan dia mmg mcm org skrg...
Quote Artemesiaa 12-10-2017 05:26 PM
Dasar pemalas punya orang lain kali jangan ajak anak makan kat kedai kalau macam tu punya perangai.  
Quote Jennyrol 12-10-2017 05:40 PM
Jijiknye perangaiiiiii
Quote madamjaja 12-10-2017 05:48 PM
well...no suprise..PRC..emang dasar
Quote mizkajura 12-10-2017 07:23 PM
Kencing je pun. Bukan berak dlm mangkok{:run{:run{:run{:run. Bodo ping ciner bukit
Quote Jorja 12-10-2017 08:05 PM
"...adakah anda juga tergolong dalam salah seorang ibu bapa yang gemar menghabiskan masa dengan peranti mudah alih hingga sanggup membiarkan anak-anak bermain seorang diri? Jika ya, berubahlah sebelum terlambat..." {:smile
Quote allhaillll 12-10-2017 08:14 PM
buduh pengutur
Quote VuJiE 12-10-2017 10:25 PM
ewww jijik
Quote DeeHanania 12-10-2017 11:19 PM
Makaiii jijik
Quote BlackCarnival 12-10-2017 11:43 PM
Side sana kan mmg pengotor..byk dh pic org share mende2 pelik diorg buat kt negara lain..
Quote kevinchang99 13-10-2017 12:12 AM
org china yg tak ada etika.
Quote merrissa 13-10-2017 12:25 AM
apa kata bg makcik tuh bwk balik mgkok tuh....tgk dia nk gune ke lg ltk mknn dia...HKTUIH
Quote cik_noreen 13-10-2017 12:49 AM
mohon anak itu kencing dlm mulut mak nya. patut xde masalah kan karna bole basuh mulut guna listerene or gosok gigi
Quote RatuDunia94 13-10-2017 01:22 AM
Len kali suruh ank tu kencing kt muka dia. Alasan "muka sheols dh mmg kotor dan akan dibasuh juga"
Quote SecretLuv 13-10-2017 02:23 AM
Kecik-kecik dah diajar macam ni. Dah besar esok memang akan berak kencing merata la jawabnya.
Quote aidia 13-10-2017 07:25 AM
China dan etika kepelikkan berpisah tiada
Quote matchstick 13-10-2017 08:16 AM
Babi nya perangai
Quote nisako 13-10-2017 08:46 AM
ereeeeeeeeeiiii
Quote nut.legacy 13-10-2017 09:13 AM
kenapa pemalas and pengotor sgt? makin teruk mentaliti org ni

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.239240 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top