Memang tidak dinafikan makanan laut khususnya kerang-kerangan, ketam dan sotong merupakan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia biarpun rata-rata menyedari ianya mengandungi kolestrol yang tinggi. Menurut laporan Organisasi Makanan dan Pertanian, rakyat Malaysia adalah pengguna keenam terbesar makanan laut di peringkat global dengan 56.5 kilogram (kg) perkapita. Memetik laporan Harian Metro, baru-baru ini tanpa disedari, kerang-kerangan telah dilabel sebagai makanan 'orang kaya' berikutan harganya dikatakan meningkat secara mendadak berbanding dengan hasil laut yang lain. Keadaan tersebut diakui oleh pegawai Penyelidik Bahagian Perancangan dan Pembangunan Jabatan Perikanan Malaysia Dr Alias Man.
Jelas Dr Alias Man, kenaikan mendadak harga kerang mempunyai kaitan dengan faktor pengeluaran yang semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini. “Kajian kita menunjukkan kualiti air berperanan penting untuk pembiakan kerang." “Jika ada pencemaran, ia akan mempengaruhi pengeluaran dan benih kerang cepat mati." “Trend kemerosotan kerang ini tidak hanya berlaku di Selangor saja, ia juga membabitkan pusat pengeluaran kerang di seluruh negara namun kita masih belum mengetahui punca sebenar kematian benih ini,” katanya. Menurutnya, beberapa pelan pengurusan dirangka dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi menangani masalah ini terutama kematian kerang. “Selain menyimpan induk kerang untuk tujuan pembenihan, kita perlukan kajian lanjutan di seluruh negara dalam pelbagai aspek untuk mengenal pasti punca sebenar kerang tidak dapat membiak dan membesar seperti dulu." Sementara itu, kedai runcit dan pasar raya sekitar Sentul dan Selayang didapati semakin kurang peniaga hasil laut menjual kerang, malah jika ada mereka hanya menjual bekalan itu dengan harga jauh lebih mahal. Ada segelintir peniaga menjual kerang gred C dengan harga RM9 sekilogram (kg) hingga RM14/kg, manakala kerang kopek dijual pada harga RM20/kg hingga RM26.90/kg. Di Pasar Borong Selayang pula, bekalan itu agak mudah didapati pada harga RM3 bagi gred C, RM7 hingga RM8 (gred B) dan RM10 hingga RM12 (gred A).- CARI
|
13
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap
wanitajelita replied at 13-10-2017 10:46 AM
Kerang - vacuum of the sea.. lecturer aku cakap
ADVERTISEMENT