CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Kempen ‘Drive On’ Baru Dari Shell Helix Ultra Untuk Membangkitkan Semangat Pemanduan

13-10-2017 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5781| Komen: 30

Kempen terbaru yang dibawakan oleh minyak motor sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra, iaitu kempen jenama global ‘Drive On’, bertujuan untuk menonjolkan pentingnya meraikan sebab di sebalik pemanduan dan emosi yang dibangkitkan menerusi satu siri filem yang menakjubkan.

 
Tujuan utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk memberikan inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel untuk mengatasi cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka terhadap pemanduan dan pengembangan perniagaan mereka.
 
“Bukan mudah bagi para pemandu untuk benar-benar memahami kepentingan minyak motor, dan lebih susah lagi bagi pihak bengkel untuk menyedarkan pemandu supaya mengambil berat dalam hal tersebut. Dengan kempen ‘Drive On’ Shell Helix Ultra, kami menunjukkan kepada pemandu di Malaysia bagaimana minyak motor kami yang sintetik sepenuhnya ini dapat menyemarakkan lagi semangat untuk mereka memandu. 

"Tidak kiralah jika mereka memandu kerana ngauman enjin, atau untuk merasai kebebasan di jalan yang terbuka, Shell Helix Ultra direka untuk melindungi enjin kereta daripada rintangan yang boleh mengganggu prestasi supaya para pemandu dapat menikmati perjalanan yang menyeronokkan,” kata Troy Chapman, Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania.


 
Tambahnya, “Dengan Shell Helix Ultra, yang diperbuat daripada gas asli, pemandu boleh meyakini bahawa setiap penukaran minyak didatangkan dengan teknologi termaju yang membawakan perlindungan yang tiada bandingannya bagi prestasi enjin yang terbaik. Bagi rakan niaga kami pula, ia memberi keyakinan kepada mereka, kerana mereka tahu bahawa mereka dapat menawarkan produk pelinciran yang terbaik di pasaran serta mereka sentiasa mendapat sokongan daripada kami. Yang paling utama, semua yang memilih Shell Helix dapat menikmati faedah dan ganjaran serta-merta.” 
 
Teras kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu  yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE).
 
Menurut Encik Chapman, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE, yang mencerminkan komitmen Shell untuk memastikan urusan pelanggan dan rakan niaga berjalan dengan lancar.
 
Bagi pemandu yang membeli sama ada Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, mereka akan dapat menyertai dunia ganjaran SHARE dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share. Ini termasuklah baucar bagi seluruh gedung di Lazada bagi pendaftaran kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-dalam-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim.


Bagi mereka yang mempunyai kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.
 
Untuk mempermudahkan lagi program ini, Shell telah menghasilkan app mudah alih SHARE yang mesra pengguna bagi rakan niaga untuk membantu mereka mendapatkan dan mengekalkan pelanggan serta menguruskan inventori dengan lebih baik. App ini juga membolehkan pemilik bengkel dan mekanik mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik.
 
Sempena dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix 'Drive On' Roadshow akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi. Dua puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk malumat selanjutnya.
 
Sebagai salah satu daripada pasaran terpenting di Asia, pengguna di Malaysia berpeluang menikmati pelbagai produk dan program yang dipelopori oleh Shell Helix.
 
Pada tahun 2014, Shell Helix merupakan jenama yang pertama (dan masih lagi satu-satunya jenama) yang memperkenalkan minyak motor dengan minyak asas yang ultra bersih yang dihasilkan daripada gas asli menggunakan Teknologi PurePlus oleh Shell yang membersihkan enjin dari dalam.


Tahun lalu, ia merupakan jenama minyak motor pertama yang menawarkan Waranti Enjin Shell Helix atau S.H.E.W. yang pertama seumpamanya.
 
Tahun ini, Shell Helix bekerjasama dengan Waze dalam kempen pemenang anugerah yang memberi amaran kepada pengguna mengenai kawasan kemalangan sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri, yang merupakan yang pertama di Asia. Malaysia juga merupakan pasaran pertama yang melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di Lazada Malaysia dan memberikan akses kepada pengguna di seluruh negara untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.  

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran dan faedah memilih Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/share. 
5

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 27-10-2017 10:10 AM
TQ for the infooo
Quote zorrro_03 29-10-2017 09:20 PM
Ada yang berpendapat better minyak enjin jenama yang bukan produce fuel. Sebab rnd mereka lebih focus to lubricants only. Face and surface.  ie  Castrol etc2.  
Quote precious_chicas 7-11-2017 08:02 AM
pengguna setia sheel helix ultra 5-40w bmw LL-01, MB 229.5 complied.
Quote MusangQueen 13-11-2017 08:39 PM
bestnya... dah dpt register dah dekat Lazada terus dpt e-voucher dalam RM15...
blh beli minyak hitam terus ni... hahaha senang jer dpt voucher...
Quote GilaKu 13-11-2017 08:58 PM
MusangQueen replied at 13-11-2017 08:39 PM
bestnya... dah dpt register dah dekat Lazada terus dpt e-voucher dalam RM15...
blh beli minyak hita ...

aku sudah register tapi x dpt apa2 message pun... apa lagi kegunaan shell reward ni?
setiap kali beli minyak hitam ada murah ke? aku selalu guna shell helix ultra dia utk kerata civic aku...
Quote Libah 14-11-2017 10:33 PM
zorrro_03 replied at 29-10-2017 09:20 PM
Ada yang berpendapat better minyak enjin jenama yang bukan produce fuel. Sebab rnd mereka lebih focu ...

mcm betul jerr... biasa aku guna pertonas dan shell shj...dah biasa dengar brand dia org jadi lebih keyakinan dari minyak dia org...
tapi banding brand lain ni mahal sedikt la... tapi dah biasa guna...
Quote Greenvige 15-11-2017 06:23 AM
MusangQueen replied at 13-11-2017 08:39 PM
bestnya... dah dpt register dah dekat Lazada terus dpt e-voucher dalam RM15...
blh beli minyak hita ...

rugilah bagi sesiapa yang biasa hantar kereta ke workshop. foreman tu mestilah tidak bagi tahu shell ada promotion...
sudah lama shell ada promotion event ni? rasa information shell susah dapat...
Quote Greenvige 15-11-2017 06:25 AM
Libah replied at 14-11-2017 10:33 PM
mcm betul jerr... biasa aku guna pertonas dan shell shj...dah biasa dengar brand dia org jadi lebi ...

HAHAHAHA, guna shell boleh jadi lebih keyakinan dari minyak dia orang ke???
aku jarang guna shell, kadang kadang guna brand lain, main je tukar tukar
Quote Portude 15-11-2017 07:22 AM
GilaKu replied at 13-11-2017 08:58 PM
aku sudah register tapi x dpt apa2 message pun... apa lagi kegunaan shell reward ni?
setiap kali  ...

hari itu aku pun baru tahu ada shell reward ni, semasa beli shell helix ultra, salesman itu bagi tau sekarang shell dah launch shell reward...
i beli on the spot dan dapat register...
banyak benefit, seperti genuine product assurance, seasonal promotion and lain lain.
Quote coco.banna6699 16-11-2017 05:12 PM
MusangQueen replied at 13-11-2017 08:39 PM
bestnya... dah dpt register dah dekat Lazada terus dpt e-voucher dalam RM15...
blh beli minyak hita ...

Betol ke? terus dapat RM15 ni ? xpayah beli ke bayar register fee ?

Quote coco.banna6699 16-11-2017 05:15 PM
Greenvige replied at 15-11-2017 06:23 AM
rugilah bagi sesiapa yang biasa hantar kereta ke workshop. foreman tu mestilah tidak bagi tahu she ...

promotion ape?
ade diskaun ke benda shell, klau free gift mmg bende yg useless
Quote Lovelyrend 17-11-2017 06:11 AM
Edited by Lovelyrend at 17-11-2017 04:42 PM
Libah replied at 14-11-2017 10:33 PM
mcm betul jerr... biasa aku guna pertonas dan shell shj...dah biasa dengar brand dia org jadi lebi ...

shell dan petronas masih okay lagi, tidak mahal sangat...
biasanya banyak orang guna sebab senang nak beli, dan market shell pun besar...
sudah ada keyakinan dengan shell...
ada brand yang import dari luar negara, mahal pun ada, tapi untuk kereta yang memang bagus...
Quote MarkReport 17-11-2017 06:27 AM
coco.banna6699 replied at 16-11-2017 05:15 PM
promotion ape?
ade diskaun ke benda shell, klau free gift mmg bende yg useless

hahaha, free gift kadang kadang bagi benda yang guna...
macam tuala, shampoo cuci kereta...
tapi aku tengok macam tidak ada free gift
tidak tahu promotion apa...
Quote BuDropiaan 17-11-2017 07:56 AM
Greenvige replied at 15-11-2017 06:23 AM
rugilah bagi sesiapa yang biasa hantar kereta ke workshop. foreman tu mestilah tidak bagi tahu she ...

ya lar, mestilah foreman simpan sendiri,ada benefit ambil sendiri, tidak kasi customer tahu...
Quote BuDropiaan 17-11-2017 07:57 AM
MusangQueen replied at 13-11-2017 08:39 PM
bestnya... dah dpt register dah dekat Lazada terus dpt e-voucher dalam RM15...
blh beli minyak hita ...

i rasa beli online lebih bagus, banyak discount boleh guna, macam lazada ada banyak coupon boleh guna...
mungkin boleh guna semasa beli minyak engin
Quote puteribaya 17-11-2017 10:52 AM
zorrro_03 replied at 29-10-2017 09:20 PM
Ada yang berpendapat better minyak enjin jenama yang bukan produce fuel. Sebab rnd mereka lebih focu ...

di Shell dia memang ada satu rantaian supply khas utk Lubricant saja globally..segala RNR expertise ..etc semua khas utk lubrican..
Quote puteribaya 17-11-2017 11:00 AM
precious_chicas replied at 7-11-2017 08:02 AM
pengguna setia sheel helix ultra 5-40w bmw LL-01, MB 229.5 complied.

bertahun pakai Shell, enjin bersih,,mungkin tak la sepower lain2 yg boleh buat keta laju,,tp dari segi jangka panjang.bawa kesan baik pd enjin, dgn syarat jgn campur2..kalau nak jalan jauh pakai 97 lebih jimat and kalau citi driver 95 dah cukup..dulu ada boss dia pakai shell yg premium utk keta2 mahal dia..tp keta company dia bantai minyak org lain..dia kata sayang keta mahal dia..
Quote puteribaya 17-11-2017 11:05 AM
Greenvige replied at 15-11-2017 06:25 AM
HAHAHAHA, guna shell boleh jadi lebih keyakinan dari minyak dia orang ke???
aku jaran ...

cuba la..espcially kalu keta baru la..enjin bersih..dulu i penah pakai mcm2..dah boleh bajet ..caltex, BP,petron brape hari,petronas brape hari boleh bertahan..last2 selepas bertahun analisa..i found out Shell and BP bagi lebih extra mile..tapi BP susah nak isi,,station x byk mcm shell..lastnya skrg terus ngan shell je
Quote MusangQueen 17-11-2017 11:40 PM
coco.banna6699 replied at 16-11-2017 05:12 PM
Betol ke? terus dapat RM15 ni ? xpayah beli ke bayar register fee ?

Ehh x lah... mesti ada syarat ni...
kena beli salah satu shell helix minyak lepas pergi shell website register shj...
lepas register dah blh dpt voucher ni utk lazada discount...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.072820 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top