CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Seni Bina Purba Menakjubkan, India Pun Ada Tembok Besar Tau!

13-10-2017 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8977| Komen: 23|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kita tahu kewujudan beberapa binaan purba dengan seni bina menakjubkan seperti Colosseum, Tembok Besar China dan juga Taj Mahal kerana ia tersenarai antara keajaiban dunia.

Tapi, anda mungkin tak tahu terdapat beberapa binaan lain yang 'tersembunyi' di seluruh dunia tetapi tak kurang hebat dengan seni bina menakjubkan.

Dipetik dari Brightside, antaranya adalah:


1. Masjid Besar Djenne, Mali


Masjid berusia lebih 100 tahun dan dibina dari bata lumpur ini adalah yang terbesar di dunia. 




Ia disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO sebagai sebahagian daripada bandar lama Djenne, pada 1988.


2. Chand Baori, India


Terletak di Abhaneri, sebuah perkampungan kecil di India, Chand Baori merupakan antara tangga tertua dan paling dalam di dunia iaitu sedalam 100 kaki di bawah tanah.



Terdapat tiga dinding dengan 3,500 anak tangga sempit disusun dalam simetri sempurna pada setiap sisi, menuju ke sebuah tasik kecil.



Para saintis masih dalam usaha mengenal pasti sama ada tangga itu dibina antara abad ke 9 dan 11 atau 600 tahun yang lalu.


3. Istana Parlimen, Romania


Bangunan ini merupakan salah satu mercu tanda Bucharest paling popular yang dibina ketika Romania masih lagi sebuah negara Republik Sosialis.

Istana dengan seni bina hebat ini dianggap sebagai bangunan pentadbiran awam terbesar dan paling mahal di dunia.




Terdapat 12 tingkat (lapan tingkat tambahan bawah tanah) serta 3,100 bilik meliputi 330,000 meter persegi.


4. Stari Most (Jambatan Lama), Bosnia-Herzegovina


Jambatan pejalan kaki di atas Sungai Neretva di bandar Mostar ini adalah binaan semula jambatan purba yang dimusnahkan tentera Croat Bosnia pada 1993. 

Pada 2005, Stari Most dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.




Salah satu tarikan pelancong di sini adalah lompatan bungee setinggi 24 hingga 30 meter ke dalam sungai Neretva.


5. Kubu Kumbhalgarh, India


Ramai tak tahu bukan China sahaja ada Tembok Besar, India pun ada juga tau!

Kubu ini dikelilingi dinding unik, di mana ketika zaman purba ia dikenali sebagai ‘Penjaga Maut’ atau ‘Mata Mewar'.


Foto: BrightSide

Dinding kubu ini dibina sepanjang 36 kilometer dan di beberapa tempat, dindingnya dibina dengan ketinggian 8 meter.

Ia mengambil masa satu abad penuh, dari abad ke-15 hingga ke-16 untuk membinanya. 


Foto: Udaipur

Tembok Besar ini tidak pernah rosak atau ditawan musuh walaupun terbabit dalam banyak peperangan.


6. Kubu Kronstadt Alexander I, Rusia

Foto: BrightSide

Kubu ini terletak di Teluk Finland di Laut Baltik berhampiran Saint Petersburg dan Kronstadt. Ia dibina di pulau buatan pada pertengahan abad ke-19 untuk menjaga laluan air Baltik.

Kubu itu kemudiannya menjadi makmal penyelidikan bagi wabak dan penyakit bakteria lain, dan kini ia menjadi tarikan pelancong yang popular.


Di Malaysia dah tak banyak peninggalan sejarah yang masih gah berdiri, apatah lagi binaan purba dengan seni bina menakjubkan. Ada replika pun boleh lah, kan? - CARI
11

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 13-10-2017 06:50 PM
This is amazing.  I think yg kt bosnia tu @whiteberry pernah pegi
Quote barfi 13-10-2017 07:22 PM
Yg 2 tempat dekat India tu sgt menakjubkan. Rasa cam nak pergi jeeeee melawat..
Quote cmf_premierleag 13-10-2017 07:30 PM
I penah pegi mostar bridge kat bosnia tu
Weols lunch kt cafe yg betul2 tepi sungai tu and our tourist guide cite, d bridge dibina ms zaman empayar romania uthmaniyyah sebegitu... Tp ms perang saudara bosnia in 90s kene bom by tentera serbia
Then gomen bosnia rebuild balik bridge tu
Quote cicicumel 13-10-2017 07:56 PM
Lawanya masjid lumpur tu..kat mana tempat tu.x prnah dgr
Quote Inezkhalidi 13-10-2017 08:32 PM
Cantik-cantik semuanya, kagum tengok.  {:childlike{:childlike{:childlike
Quote aidia 13-10-2017 09:50 PM
Cantiknya
Quote mamarock 13-10-2017 11:31 PM
Very informative
Quote merrissa 14-10-2017 03:47 AM
Edited by merrissa at 14-10-2017 03:48 AM

aku suke yg nmbor 1 and 2
nombor 2 tuh mcm familiar.....dalam movie jungle book
Quote noraidil_06 14-10-2017 07:19 AM
cicicumel: Lawanya masjid lumpur tu..kat mana tempat tu.x prnah dgr

Mali tu kt Africa. Famous juge negera tu.
Quote kamil8891 14-10-2017 09:24 AM
chand baori india tu ade jugak mr.bean tv3 tu shoot kat situ
scene dia Mr.Bean nak mandi dan2 lak ade org duk kat atas kerusi sebelah dia...dia nk tanggal seluar nak mndi tp cover2 last2 rupenya org tu buta hahahaha.

Tahu je ade lg tembok besar selain cina
ustaz ade dah ceramah bgtaw...tp dlm buku teks just byk cerita tembok besar cina yg PENGHUJUNGNYA adelah laut.....huhuhuuhu...dorg da standby awal2 buat BENTENG untk halang dr ancaman YAKJUJ N MAKJUD kata lain GOG N MAGOG
Quote LostStar 14-10-2017 09:27 AM
Subahanallah.. cantiknya.. kat india tu menarik sungguh.. yg 1st tu kat mana ea? Berkali baca nama tempat tetap ta taw kat mana..
Quote -electrifying- 14-10-2017 01:09 PM
cantik2 tmpt tu
Quote awekjepun 14-10-2017 05:27 PM
Bukti sejarah..kagum betul..
Quote AkuMark 14-10-2017 07:09 PM
Yg no 2 tu mcm pernah tgk dlm movie india tajuk paheli yg srk blakon dgn rani...
Quote husie91 15-10-2017 05:34 AM
Rasa mcm dh byk kali tgok n baca artikel  psl tempat2 unik kt dunia ni. Tp stp kali tu ada je artikel baru. Yg ni pon mind blowing sgt2.
Quote Ratutulip 23-10-2017 12:03 PM
kena ulang pergi india ni... aritu dh pergi agra/jaipur/taj mahal teringin plak tgk kubu & tangga baori tu
Quote AinRaz 24-10-2017 10:39 PM
semua cantik2 & masih gah lagi... terasa nak pergi yang kat Bosnia..

Kubu dalam gambar last tu pun cantik sangat senibina..
Kagum betul dengan senibina org2 dulu
Quote AinRaz 24-10-2017 10:41 PM
Ratutulip replied at 23-10-2017 01:03 AM
kena ulang pergi india ni... aritu dh pergi agra/jaipur/taj mahal teringin plak tgk kubu & tangga ba ...

I teringin nak ber-backpack ke India tapi I tak berani..
Kawan2 pun takde lg yg ada plan nak ke sana..
Negara dia cantik tapi I jadi takut bila  baca banyak2 kes rogol, bunuh, samun kat sana..

last year kan yg ada berita pasal pelancong (from western country) yg diculik, rogol & bunuh
Quote Ratutulip 25-10-2017 11:08 AM
AinRaz replied at 24-10-2017 10:41 PM
I teringin nak ber-backpack ke India tapi I tak berani..
Kawan2 pun takde lg yg ada plan nak ke s ...

alhamdullilah ms sy pergi delhi-jaipur-agra (tajmahal) segalanya dipermudahkn..
tip plg mudah jgn ada eye contact dgn lelaki di sana...sll lh pakai cerminmata hitam
selepas 7.00mlm jgn merayau sbb dorang siang kerja mmg teruk jdi lepas keja masing2 minum todi mabuk2 tepi jalan tu
jgn jd tlalu pemurah, walau pun kita ni kesian sgt2
jgn pakai bju yg mjolok mata walau negara dia panas kaw2
owh ya jgn makan makanan di kedai tepi jgn kalau tknak cirit birit..minum air dr botol mineral shj


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top