CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syukur Alhamdulillah, Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan

14-10-2017 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10283| Komen: 96


sumber : Berita Harian


Selepas beberapa bulan mendiamkan diri, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam tampil mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan.

Memetik laporan Berita Harain, berita itu dikongsi Siti dalam sidang media yang turut dihadiri keluarganya dan disiarkan melalui laman-laman sosial sejurus selesai majlis kesyukuran doa selamat dan sembahyang hajat yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

“Alhamdulillah saya hamil empat bulan. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembira kerana Allah mengurniakan kurniaan yang terlalu agung ini selepas 11 tahun kami bersabar."

“Inilah juga sebab utama kenapa saya (sebelum ini) memilih untuk berehat, kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” katanya.



sumber : Berita Harian

Dalam sidang media itu, Siti juga mengakui sebelum ini terpaksa menolak persembahan konsert dan program hiburan lain kerana ingin menumpukan perhatian pada keluarganya dan berharap pihak penganjur dapat memahami situasinya.

Difahamkan Siti yang berkurung di bilik sejak mula hamil demi menjaga kandungan, mengenakan jubah berwarna merah muda tampak berseri-seri dengan tubuh kelihatan sedikit berisi sesuai dengan perubahan fizikal dialaminya.

"Saya harap peminat dan semua pihak doakan kandungan saya sihat. Semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi insan yang baik. Buat wanita yang masih menanti kelahiran, saya harap usaha anda akan membuahkan hasil," katanya.

Spekulasi Siti hamil mula tersebar sejak beberapa bulan lalu apabila penyanyi lagu Segala Perasaan itu berhasrat memperlahankan seketika kerjaya seninya.- CARI

sumber : Berita Harian





13

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 14-10-2017 11:08 AM
masyaawlohhh.... maka dengan bersatunya sperma dato k dan ovum dato siti, ekonomi malaysia sedang menuju ke arah sifar gelandangan! takbirrrr!!!
Quote RooneyMara 14-10-2017 11:30 AM
So so so happy for her. Semoga dipermudahkan semua nya for the next 5 months
Quote Decaffeinated 14-10-2017 11:35 AM
11 tahun mencuba tapi tak mention berapa kali..... kot cuma sebelas kali haruslah ambil masa nak berjaya....

Quote tohigh 14-10-2017 11:59 AM
cik siti dah bunting tahniah
Quote insulin 14-10-2017 12:03 PM
Alhamdulillah. Menjadi juga akhirnya...
Quote ulamalu 14-10-2017 12:03 PM
jamal tongkol mesti insoff. ..
Quote MissVixen 14-10-2017 12:05 PM
Tahniah dato siti.
Tapi tidak perlu beritahu rakyat marhaen. Ada saudara yang kehilangan baby seminggu sebelum melahirkan. Kesian sangat. Semua orang bertanya kenapa meninggal. Diri sendiri yang sedih nak menjawapnya nanti.
Quote mizkajura 14-10-2017 12:29 PM
Tahniah mekti. Semoga sihat
Quote dizzzek 14-10-2017 12:32 PM
yg kaya buat la byk anak pun x pe

yg hairan
geng2 miskin kuat buat anak tp mlas kje
Quote raradhia 14-10-2017 12:36 PM
tak sabar aku nak nengok muka baby ct ni, yaa allah mesti cntk hensem cute gebu
Quote sheqim 14-10-2017 12:56 PM
Tahniah mak iti.. so happy for you! To dk, u are so tua utk menimang anak hahahaaaaa
Quote Jorja 14-10-2017 01:18 PM
Congrats kak siti..berita macam ni ibarat satu kemenangan pada golongan ttcians ya.. tapi macam biasalah masih ada juga yang kurang ajar & jenis busuk hati mghina pregnant cara tabung uji lah.. sperma bersatu dengan ovum lah..cara iui lah for me senang saja utk orang2 yg suka mghina & mengata I doakan saja supaya mulut dia dapat balasan..semoga semua yang dihina & dikata akan terkena balik kt dia & keturunan dia Amiiiinn
Quote Deidra 14-10-2017 01:26 PM
Rasa mcm dh komen.komenlah lagi skali

Tahniah tok ti
Quote samasam90 14-10-2017 01:28 PM
sampai sekarang meoolls terasa terharu...

meolls fefelin psikik, boleh tahu mana senyuman palsu mana satu senyuman gumbira dari hati.. ternyata senyuman tokti terpancar dari hati.. tiberrrrrrrrrrr
Quote silverthong 14-10-2017 01:37 PM
Tahniah tok ti n tok k
Quote tumpanglalu74 14-10-2017 01:43 PM
ulamalu replied at 14-10-2017 12:03 PM
jamal tongkol mesti insoff. ..

Kamu ni aje nye siyot ye..
Quote mbhcsf 14-10-2017 01:56 PM
alhamdulillah.  semoga dimudahkan segala urusan dan dikurniakan anak yg soleh / solehah  dan bermanfaat kepada addin.
Quote pucuk-kelompang 14-10-2017 02:00 PM
Alhamdulillah tahniah Dato

Semoga di permudahkan segalanya
Quote tumpanglalu74 14-10-2017 02:14 PM
Macam barut je aku tengok..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.058111 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top