Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Memetik laporan Bernama, perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tegas Timbalan Perdana Menteri itu, kerajaan yakin Interpol akan bertindak secara profesional, meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM tidak menerima maklumat terperinci daripada organisasi itu. “Kita yakin Interpol akan bertindak secara profesional cuma PDRM tidak dapat maklumat terperinci daripada Interpol." “Apa yang dilakukan oleh pihak antarabangsa telah dimuktamadkan dan saya yakin kes ini tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya.
Malah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan bahawa Presiden Interpol baharu merupakan timbalan menteri keselamatan China. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat, hari ini. Difahamkan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor bertanya mengenai pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung usaha mendapatkan bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low membabitkan isu 1MDB.- CARI
|
11
Bagus |
18
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kecimpret replied at 24-10-2017 10:02 AM
wayangggg
Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
saladin780 replied at 24-10-2017 03:55 AM
Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low T ...
kecimpret replied at 24-10-2017 10:02 AM
wayangggg
ADVERTISEMENT