Master Lim Boon Hua sememangnya terkenal dengan persembahan "kuasa sakti" iaitu berendam di dalam kuali besar dengan air panas menggelegak.
Namun semalam beliau dilaporkan maut akibat sakit jantung ketika melakukan persembahan tersebut di sebuah tokong di kampungnya Kuala Sanglang, Kedah. Memetik laporan Oriental Daily News, pada mulanya master Lim kelihatan tidak mempunyai masalah ketika duduk bersila di dalam sebuah kuali besar yang ditutup dengan penutup. Manakala petugas pula tidak berhenti menambah kayu untuk menguatkan pembaraan api itu. Setelah hampir setengah jam berlalu, petugas segera membuka penutup kuali berikutan kedengaran master Lim seolah-olah sedang memukul kuali.
Justeru, petugas segera mengeluarkan master Lim dari kuali, namun tidak lama kemudian beliau didapati telah meninggal dunia. Difahamkan, mangsa pernah menjalani pembedahan dan mengalami penyakit strok dua tahun lalu. Beliau turut dijemput hadir ke tokong di Ayer Tawar, Perak untuk melakukan persembahan pada tiga hari lepas. Master Lim mula membuat persembahan kuasa sakti sejak umurnya 17 tahun, manakala dalam persembahan 'mengukus diri', beliau telah berjaya mencatat rekod paling lama iaitu selama 70 minit. Yang lebih mengkagumkan, ketika persembahan berendam di dalam air panas, pau dan jagung yang dipegangnya didapati telah masak dikukus dalam suhu yang tinggi, sebaliknya dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan dalam proses tersebut.- CARI |
10
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dizzzek replied at 24-10-2017 01:26 PM
umur 69 baik berehat je la
ADVERTISEMENT