CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MBM Cadangkan Kerajaan Naikkan Harga Rokok Sehingga RM50

24-10-2017 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2292| Komen: 18


sumber : internet


Kelmarin, Ahmad Saparudin Yusuf mencadangkan kepada kerajaan supaya menaikkan harga rokok sehingga RM50 sekotak dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu ini. 

Memetik laporan Utusan Online, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) itu berkata cadangan kenaikan harga itu bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal dan tidak mampu dibeli sehingga menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya.

“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya.

Selain itu, Ahmad Saparudin juga dipetik sebagai berkata, berdasarkan pengalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV mendapati rokok menjadi punca beberapa masalah kesihatan.


Buat masa ini, harga rokok paling tinggi yang dijual adalah RM17 sepaket dan terdapat ura-ura ia mungkin akan dinaikkan kepada RM21.50 sepaket, selepas pementangan Bajet.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Jun lalu berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 dan kepada kurang lima peratus pada 2045, sejajar sasaran menjadikan negara bebas asap rokok.- CARI
2

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
6

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cHimo 23-10-2017 07:54 PM
RM50 sekotak orang kaya pun sakit juga kalau harga mcm tuh dah la sekotak tuh kdg tak sampai sehari dah abis... nasib sy tak merokok
Quote harkktuih 23-10-2017 08:43 PM
Bebudak byk isap rokok seludup..dorg kesah apa rokok naik 50 hinggit skalipun
Quote skinsandstars 23-10-2017 08:53 PM
Rokok punyalah mahal, dadah rm5 pun dah boleh dapat.
Quote precious_chicas 23-10-2017 09:26 PM
yg kaya akan terus beli. Gov untung juga untuk tax.
Yg miskin maybe sampai mencuri pulak nanti mcm geng2 penagih dadah.

Eloknya haramkan je terus secara total.
Quote kivio 24-10-2017 09:10 AM
Erm saya nak syorkan naik RM150 sekotak, boleh?
Laju sikit aliran masuk tunai
Quote batmana 24-10-2017 02:18 PM
rokok tu sumber kewangan pada pengedaran dadah secara halal oleh gov



mustahil la nk naikkn, atau nk haramkan.

hanya pemimpin yg ada totei je berani haramkn rokok, cm  bhutan, Turkmenistan bagai dh banned terus penjualan rokok
Quote kenarikelabu 24-10-2017 02:26 PM
Ok je nak naik harga. Naik lah tggi2 lg.
Quote ketekodok 24-10-2017 02:34 PM
nasib dah berenti. lg 2 bulan genap setahun.....
Quote moonbug 24-10-2017 02:40 PM
Mahalnya, baik makan nasi arab
Quote moonbug 24-10-2017 02:40 PM
ketekodok: nasib dah berenti. lg 2 bulan genap setahun.....

Tahniah, keep it up
Quote fushimi 24-10-2017 02:48 PM
harkktuih replied at 23-10-2017 08:43 PM
Bebudak byk isap rokok seludup..dorg kesah apa rokok naik 50 hinggit skalipun

rokok seledup murah je kalau tak silap aku 5 henggit je sekotak
Quote harkktuih 24-10-2017 03:00 PM
fushimi replied at 24-10-2017 02:48 PM
rokok seledup murah je kalau tak silap aku 5 henggit je sekotak

tau xpe..rasanya dah lama org x kesah rokok naik harga bila time belanjawan..
Quote RatuDunia94 24-10-2017 08:49 PM
Pastu kawal juga rokok seludup yer..
Quote skinskin 24-10-2017 09:54 PM
perokok ni x kisah la ko naik kn harga.. diaorg da bertukar ke rokok seludup lol.. member laki iols bli.. sekatun (10kotak)  baru 34 ringgit haha
Quote adm7 24-10-2017 10:12 PM
Cukai arak pun kena naikkan...

Ke lain?
Quote cmf_premierleag 24-10-2017 11:18 PM
Cer letak darah babi ke, taik babi ke. Komfem smokers meleis jumud takkan smoking lg
Quote sambaldurian 24-10-2017 11:35 PM
Naik kn harga sian pulak pekerja american tobacco, jlt bagai. Tembakau pun dorg beli dr kelantan je. Cuma ak bengang yg merokok kt bdk2, tmpat org x merokok.masa ak ngah mkn le.
Quote misscendol 1-11-2017 03:20 PM
Merokok difatwakan HARAM. OK BAI

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.193890 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top