CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Takda Telefon Pintar, Tak Tahu Orang Kutuk Apa - Rosmah Mansor Dedah Rahsia Kebahagiaan

25-10-2017 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9823| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Media sosial memang lubuk fitnah, setuju atau tidak? Sesiapa pun boleh menjadi pembuli siber, dan yang paling teruk jika anda adalah mangsanya.

Bukan hanya orang biasa, orang kenamaan pun langsung tak terlepas. Bila menyentuh bab politik di Malaysia, antara sasaran utama adalah isteri perdana menteri Malaysia sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Foto: Carian Internet
Teruk dihentam dengan netizen, dituduh dan diperli dah menjadi 'makanan harian' tapi kadang-kadang hairan juga bagaimana beliau dilihat sentiasa tenang dan tak langsung tak terkesan dengan kata-kata netizen.

Bercakap di satu seminar jenayah baru-baru ini, Datin Seri Rosmah mendedahkan rahsianya.

Foto: The Sun
“Saya tidak memiliki telefon pintar, saya masih menggunakan telefon lama yang ‘antik’ berjenama Samsung.

“Pada saya, ini adalah kebahagiaan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi canggih.

“Saya fikir ia adalah satu rahmat tersembunyi kerana semua cerita palsu tentang saya … Saya tidak tahu-menahu. Oleh itu, saya tidak emosional atau berasa tertekan tentangnya,” katanya menurut Free Malaysia Today.

Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang simpati dengan Datin Seri kerana menjadi mangsa buli siber.

Selain itu, Rosmah Mansor juga meminta supaya rakyat tidak mempercayai sebarang akaun palsu di media sosial yang menggunakan namanya.

“Saya tidak tahu bagaimana menggunakan Internet … Jika anda melihat laman Facebook ‘saya’, ia sebenarnya bukanlah milik saya," tambahnya.

Foto:  Carian Internet
Apa pun, tiada siapa yang berhak membuli atau dibuli. Apa kata anda? -CARI
7

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beloomberk 25-10-2017 11:21 AM
kak mah, boleh tak jangan dok kelentong rakyat..
ingat rakyat ni bebal ke.
aishhh
Quote Rainrein 25-10-2017 11:30 AM
Kak mah ni sembang lebih.  Ingat penduduk mesia dok dalam gua ke.
Quote bambimo 25-10-2017 11:33 AM
bukan dia pakai vertu dlm 5 bijik cmtu??
hehehe
Quote fushimi 25-10-2017 01:11 PM
kak mah bab sembang KLCC pun boleh goyang
Quote nisako 25-10-2017 01:23 PM
ye le tu kak mah oooiiiiiiiiiiiii
Quote Queenmastani 25-10-2017 01:51 PM
Yg vertu 3 biji maybe bodyguard kak mah punye yee..hmmm
Quote Red11y 25-10-2017 03:37 PM
ok kak mah. saya percaya. kak mah idola saya
Quote tengku_anggun00 25-10-2017 03:39 PM
i caya kak mah .....chaiyok2 kak mah...
Quote CrowneGlory 25-10-2017 03:45 PM
yo la tu habis adik susuan asik bekap esp tang anak kandung kutuk dlm IG... sedih bagai kira tau la kan
Quote damian_lee 25-10-2017 03:52 PM
Bukan nak back up dia
Dia mmang xde phone mahal pun
Ada kerabat pernah post
Phone dia ikat getah lagi

Tapi

Harga barang2 dia mmang mahaiii
Quote miemiecha 25-10-2017 04:25 PM
ermm, x maju mana lah mak mah, eben beg rege beribu...
Quote dinopower2 25-10-2017 04:37 PM
beloomberk replied at 25-10-2017 11:21 AM
kak mah, boleh tak jangan dok kelentong rakyat..
ingat rakyat ni bebal ke.
aishhh

tp mmg ade gambo die pakai phone biasa pun.....
maybe risau diintip....
Quote dinopower2 25-10-2017 04:39 PM
damian_lee replied at 25-10-2017 03:52 PM
Bukan nak back up dia
Dia mmang xde phone mahal pun
Ada kerabat pernah post

ha ah.... mmg die bkn jenis minat gadget pun....
tp apsl muka kak ros mcm kena simbah plastik pastu buat plastik surgery..... pelik la rupa.... duit byk..... kasi kurus le....
Quote dekmieDandy 25-10-2017 04:41 PM
ooo patut jarang selfie
Quote mamacute1 25-10-2017 04:53 PM
sebenarnya kak mah ni baik tau. korang je x kenal dia..
Quote SitiRopeah 25-10-2017 05:33 PM
tapi aku somehow percaya orang yang tak ada socmed atau telefon canggih lebih bahagia dan hidup lebih bermakna...
Quote abangadek 25-10-2017 06:29 PM
dia baik ja, korang niii
Quote zie_indah 25-10-2017 09:52 PM
Hahahaa baik nye..ye ke x tau??{:laugh{:laugh{:laugh..hiii
Quote MarissaOberlin 25-10-2017 11:31 PM
Patutla mama always gorgeous

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072167 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top