CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Artis Kecewa Persembahan Ketika Penutupan Sukan SEA Belum Dibayar Lagi

30-10-2017 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6540| Komen: 67


sumber : FMT


Beberapa artis mendakwa mereka masih belum menerima bayaran yang dijanjikan bagi persembahan yang dijayakan dalam acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dua bulan lalu. 

Memetik laporan Free Malaysia Today, salah seorang penyanyi, Datuk Zainal Abidin meluahkan rasa kecil hati kerana dilayan seperti “bola” yang ditendang ke sana ke sini untuk mendapatkan bayaran selepas selesai melaksanakan tugas.

Popular dengan lagu “Hijau”, beliau turut mendakwa menerima maklumat bahawa bukan beliau seorang yang masih belum dibayar. Kegagalan membuat bayaran itu menjejaskan beberapa artis dan pihak pengurusan.

"Bukan menteri saja nak kehidupan mewah, kami golongan artis juga mahu kehidupan yang baik." 


Beliau juga berkata sudah memaklumkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Selain Zainal, ratu rock Ella, Amy Search, Datuk David Arumugam, Siti Nordiana, Faizal Tahir, Francissca Peter dan Hijjaz turut diundang menjayakan acara tersebut.

Sementara itu, Pegawai Unit Media dan Komunikasi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) Fahmi Omar berkata sebuah syarikat dilantik melalui tender dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menguruskan persembahan pembukaan dan penutup acara berkenaan.

“Justeru sama ada artis sudah mendapat bayaran atau tidak, ia adalah urusan syarikat berkenaan,” katanya yang meminta artis tidak menyalahkan kerajaan kononnya tidak membuat bayaran kepada syarikat berkenaan. - CARI
14

Bagus
16

Marah
8

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizkajura 30-10-2017 03:23 PM
Maka permainan tarik tali pun bermula{:smile{:smile

Kesian, time mintak kemain pujuk
Time membayo terus hilang
Quote mizkajura 30-10-2017 03:23 PM
Maka permainan tarik tali pun bermula{:smile{:smile

Kesian, time mintak kemain pujuk
Time membayo terus hilang
Quote lasagnaklcc 30-10-2017 03:26 PM
Yg penari bayar ciput tu pon ada yg tak dpt bayaran lagi katanya...
Quote sarahmirza 30-10-2017 03:27 PM
Anggap je la sumbangan kat negara.
Bila lagi nak berjasa?
Nak suruh angkat senapang, perang belum start lagi.
Quote xlon 30-10-2017 03:35 PM
Tak habis2 lah punye citera ternyata bukan setakat negara lain yg di curangi rakyat sendiri pon tega@ejalti@pyropura kikih
Quote sharlenetexas 30-10-2017 03:36 PM
tok sheila majid dan anak dia yg nyanyi hauk dh dpt bayaran ke tak?
Quote lostnfaun 30-10-2017 03:44 PM
sarahmirza replied at 30-10-2017 03:27 PM
Anggap je la sumbangan kat negara.
Bila lagi nak berjasa?
Nak suruh angkat senapang, perang belum  ...

Tp masalahnya ada bajet/peruntukkan utk benda tue.. lain la kalau awal2 KBS bgtau kena bt sukarela..

Quote MH3707 30-10-2017 03:45 PM
alah...berapa sen sngt...anggap korang bagi sumbangan kat negara...lagipun sukan sea ni kan kita hosting..apalah yg b erkira sgt...korang nama2 besar...takkan sengkek kot
Quote afie_m 30-10-2017 03:46 PM
bajet dah kemana tu..sampai bayaran ada yg x dpt lagi
Quote sarahmirza 30-10-2017 03:52 PM
lostnfaun replied at 30-10-2017 03:44 PM
Tp masalahnya ada bajet/peruntukkan utk benda tue.. lain la kalau awal2 KBS bgtau kena bt sukarela ...

Macam la tak biasa...
Budget ada mcm takde.
Quote taji2906 30-10-2017 03:56 PM
dah dijanjikan bayaran. artis pun dah laksanakan tugas. jadi hak dorang la nak tuntut janji bayaran tu. cakap senang la, anggap jasa pada negara.. yg pihak berjanji tu memang ada peruntukan utk bayar artis2 ni. so kalau anggap sekadar jasa je, peruntukan tu pergi ke mana lepas tu?
Quote Modngengade 30-10-2017 04:07 PM
nasiblah dekk...kau kan suam2 kuku jer skrg
Quote AbukRokok 30-10-2017 04:09 PM
xpelah...klu dia xde janji... anggap je sedekah kne tipu kerajaan melayu
klu kerajaan cina... mmg pantang datok nenek..mesti dah terbakar KBS
Quote naina 30-10-2017 04:10 PM
Yela memang kena tuntut kan sbb dh jalankan tugas. Tapi mcm xcaya yang berbunyi ni retis lagenda yg aku nmpk mcm ada2 je. Kalau retis sengkek memang aku kesianla. Hihi
Quote gekkou 30-10-2017 04:13 PM
jangan kontraktor dilantik plak cakap
'KBS belum release payment. macam mn kami nak bayar?'
Quote meteorspeed 30-10-2017 04:16 PM
Ngapa ada yg ckp takpa sumbangan tuk negara..eh hello tue periuk nasik dorank n benda nyer dah janji dibayar kan..bukan nyer janji konsert free.. Menteri jer ker nak senang
Quote Telolet 30-10-2017 04:18 PM
standard letew gomen bayar lambat. zaman2 iols sekolah dipaksa masuk perarakan merdeka pon berbulan2 baru dapat bayaran ciput tu ha
Quote MyNameIsIris 30-10-2017 04:23 PM
kalau main halal je jadi peruntukan beribu tu nak kira macam mana?
biar je masuk kocek orang tertentu?
kira halal dah kan, tak dosa pun... sambil pikul slogan 'BUKAN REZEKI' atau 'MUNGKIN ADA REZEKI YANG LEBIH BAIK'...


Quote CiliPadiSedap 30-10-2017 04:37 PM
kasihannya jadi artis pun kena scam patut pun ada yang jadi developer rumah tak siap

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042656 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top