Antara usahawan wanita yang sering mendapat perhatian kerana kejayaan mereka ialah Puan Mona Din. Pernah menjadi pelopor kepada produk kosmetik dan kesihatan iaitu Leesa Formula sebelum menginjak kepada jenama muslimah Hajaba.
Sudah meraih pelbagai anugerah dan pelbagai lagi kejayaan demi kejayaan, namun siapa sangka sejak dua tahun lalu pemilik Hajaba ini terpaksa menutup kesemua outlet jenama muslimah itu. Ini seterusnya menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya. Sehinggalah baru-baru ini, menerusi laman Facebook miliknya, Mona yang katanya begitu terkesan dengan penutupan lima cawangan hipermarket Giant, telah meluahkan sesuatu.
Jarang berbicara secara terbuka, namun kali ini dia terpanggil untuk mendedahkan mengapa butik Hajaba ditutup satu persatu. Bagi yang tidak mengetahui, jenama Hajaba adalah salah satu perintis bagi jenama muslimah di negara ini sejak 7 tahun yang lalu, sebelum muncul pelbagai nama hebat lain termasuklah Naelofar dan sebagainya. Ikuti luahan rasa wanita ini... Tidak mahu terus rugi, ramal banyak bisnes akan tutup selepas pengenalan GST... Sebelum bisnes 'makan' hasil simpanan dan juga tunai, mahu lakukan sesuatu ke atas semua outlet Hajaba... Berjaya menutup semua outlet Hajaba dengan berhemah, tanpa sebarang hutang, tanpa tidak membayar gaji pekerja dan juga suppliers.. Kesimpulannya, redha dan juga rasa berbahagia dengan apa yang sudah ditulis untuk kita adalah jalan terbaik. Daripada terus-menerus kerugian, cara usahawan ini menutup perniagaannya juga adalah satu pengajaran berguna. Bukan begitu? - CARI |
4
Bagus |
1
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missyL: die mmg otai niebefore DSV mendunia lgitp die xde la over cm DSVbagoslah x de tinggal hutang ,hidup pon amantp mat maslan kate GST pemangkin ekonomi,, ...
cmf_premierleag: Zaman puan mona ni bukak hajaba pun, mmg dah byk butik bbnu berniaga jubah, maxidress etc yg jauh lagi lawa dan ada taste designnya .dress by love to ...
helicornia: tk payah nk salahkn ekonomi sgt kak..udah baju kt butik akak mahal sapa nk beli? klu sbb ekonomi kenapa byk butik2 lain naik n maju? tudung yg mahal2 ...
Andyscenes replied at 3-11-2017 06:35 PM
GST kalau da laksana mmg susah nak hapus, walaupun kalau pembangkang amek alih Malaysia. Kalau ditur ...
CiliPadiSedap replied at 3-11-2017 06:56 PM
Bagi yang poyo xtahu, premis kedai shopping mall sewa kena gst ye.. bukan owner property tanggung ye ...
iwan007 replied at 3-11-2017 07:29 PM
Patut la byk mall2 baru kat klang valley sendu sis. Jadi sarang hantu jer sis. Sales dah la x sebe ...
AbukRokok replied at 3-11-2017 07:32 PM
semua nak jadi tauke..sape nak jadi kuli bergajikan.. bila makan gaji dilekehkan pulak yg dah jadi t ...
ADVERTISEMENT