Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah gereja kecil di tenggara Texas, Amerika Syarikat, kata Gabenor Texas Greg Abbott, lapor CNN.
Sementara itu, puluhan orang awam dalam lingkungan usia 5 hingga 72 tahun turut cedera selepas seorang lelaki mengamuk dengan melepaskan tembakan di First Baptist Church di Sutherland Springs berkenaan. Antara terkorban ialah remaja perempuan berusia 14 tahun iaitu anak kepada paderi gereja berkenaan, Frank Pomeroy. Memetik portal itu, penembak merupakan bekas anggota tentera udara Amerika Syarikat dan motif serangan masih dalam siasatan.
Penembak, Devin Patrick Kelley, 26, ditemui mati di dalam kenderaannya bersama raifal jenis Ruger AR. Menurut pihak berkuasa, Kelley berpakaian serba hitam ala taktikal dan jaket balistik, dilihat melepaskan tembakan sebelum memasuki gereja berkenaan. Dia kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian, namun ditemui mati dengan luka tembakan di dalam kenderaannya selepas adegan kejar-mengejar oleh penduduk tempatan yang membawa raifal masing-masing. Presiden Donald Trump yang dalam rangka lawatan 12 hari di Asia mengecam keras kejadian tembakan itu dan memantau rapat keadaan berkenaan dari Jepun. - CARI
|
11
Bagus |
17
Marah |
20
Terkejut |
22
Sedih |
17
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dcruins replied at 6-11-2017 08:28 AM
belum keluar lagi gambar mamat white rambo ni....
hanalisa replied at 6-11-2017 08:55 AM
dah kluar kan.
http://yournewswire.com/texas-church-shooter-antifa/
kibodwatriuh replied at 6-11-2017 09:01 AM
kau ni faham tak maksud teroris tu dik? adoilaaah
teroris ke tak semuanya violent acts.
dcruins replied at 6-11-2017 09:05 AM
ada aku kesah pengertian terrorism dari belah barat, dia nak main, kiterr pun boleh main...
kibodwatriuh replied at 6-11-2017 09:06 AM
bukankah dah tak tepat kalau kau nak main pukul rata spree killings sebagai act of terror secara g ...
dcruins replied at 6-11-2017 09:08 AM
siapa yg tentukan tepat atau tak? nak tunggu mereka nyerrr "label" jerrr ke.... ptuiii.
kibodwatriuh replied at 6-11-2017 09:14 AM
takdak sangat pun nak ikut depa tapi definisi paling simple terroris mesti ada rangkaian network d ...
ADVERTISEMENT