CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pukul 12.30 PM Baru Kalut Jahit Manik, Pengantin Mengamuk Baju Sanding Tak Siap

5-12-2017 12:58 PM| Diterbitkan: Cari-Abdul| Dilihat: 7567| Komen: 17|Original author: Oleh: Abdul

Bayangkanlah lagi sehari nak bersanding dan anda diberitahu bahawa busana pengantin anda masih lagi tak siap?

Inilah nasib malang yang berlaku kepada sepasang pengantin yang boleh diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga.


Berikutan perkara itu, mereka bertindak menyerbu butik berkenaan untuk meminta penjelasan yang akhirnya berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak.


Sudahlah busana tidak siap, malah kakitangan butik itu bertindak agresif terhadap pengantin tersebut.


Nasib malang pengantin berkenaan menjadi tular di media sosial Facebook selepas beberapa video dan gambar telah dikongsi oleh kakak kepada pengantin tersebut.

Difahamkan pihak butik telah memberi alasan yang tidak munasabah, serta busana yang dijanjikan juga hanya indah khabar dari rupa.

Malah pihak pengantin juga perlu menyediakan kelengkapan sendiri pula.

Insiden itu telah mendapat kecaman dari para netizen.

Setiap orang impikan hari persandingan yang sempurna bukan?

Jika terjadi kepada anda, apa tindakan anda? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 5-12-2017 02:45 PM
zaman gst ni bayar rm1500 ko harap nak dapat pelamin ala-ala syurga ke..
kalau nak kawin grand, pi buat loan rm100k hire event management je..
Quote chinta89 5-12-2017 02:56 PM
kalau byrn ciput tetiba dijanjikan pelamin gah baju cantik dlm picture je, jgn harap dpt bak puteri kayangan.


wedding planner tu pun, jgn la naiaya org wei!
Quote Artemesiaa 5-12-2017 03:35 PM
Sebab tu sebelum nak ambil khdimat mereka kena selidik betul2 sama ada mereka benar2 mampu nak bagi seperti mana ditawarkan.  Ni dengar murah tengok gambar je terus nak amatlah membahayakan.  
Quote SerenaBlair 5-12-2017 04:47 PM
Naya orang sungguh la
Quote paz 5-12-2017 05:38 PM
Walaupun harga dia murah, sepatutnya kedai ni pun buat lah semengah. Jangan lah janji bintang bulan.
Quote Jorja 5-12-2017 05:43 PM
Buat apa lah nak jahit2 myusahkan aja better p sewa ke beli baju ready made
Quote irwansuhadi 5-12-2017 05:56 PM
Persetujuan sepatutnya berlaku walaupun dengan bayaran RM1,500.00 sekali pun. Bukannya hendakkan pelamin syurga neraka tetapi bila dah bersetuju dengan sejumlah bayaran tersebut, produk dan servis pun perlulah diberikan sehabis baik.

Pendek kata, aku ingatkan yang bukan babi dan arak aje yang haram.
Quote izzat1987 6-12-2017 04:05 AM
Ala nama pun maknyah, apa dia kisah halal haram
Quote izzat1987 6-12-2017 04:07 AM
prettyuglybabe: zaman gst ni bayar rm1500 ko harap nak dapat pelamin ala-ala syurga ke..kalau nak kawin grand, pi buat loan rm100k hire event management je..


Berniaga buat cara berniaga. Jgn lupa adab berniaga kena amanah. Dh janji haruslah ditepati. Nabi benci peniaga yg menipu tak jujur ni. Celaka manusia jenis ni.
Quote drivethru 6-12-2017 07:42 AM
Guna jer alas meja, cadar, gebo dan langsir. Kalau orang tanya nape baju pengantin hodoh, bagitahu ilham dari rizalman.
Quote amon_79 6-12-2017 08:44 AM
malas la nak ckp.. antara sbb yahudi meniaga suksess  sbb pegang pada janji...
Quote lil_sparky 6-12-2017 08:56 AM
Rasanya couple ni sewa baju baru..sbb tu xsiap jahit manik. Yg pelamin ..mebi si erin ni sub kt org lain..dia x mng tgn kot..musim kenduri ni..amik tempahan byk sgt
Quote miemiecha 6-12-2017 11:06 AM
naya boh.. xkisah lah bayar brapa, tu je dia mmpu, tp jgn lah smpai nayakan org camni.. 1500 pun duit gak oi, parah gak nak cri
Quote imanmariam 6-12-2017 12:35 PM
izzat1987 replied at 6-12-2017 04:05 AM
Ala nama pun maknyah, apa dia kisah halal haram

Ha ah kan...as simple as that
Quote ohnoLia 9-12-2017 01:39 PM
Ai rasa dah sampai masanya org cina masuk line wedding planner utk ras  melayu jua..

Sure they will do better... sama mcm kalau upah kontraktor.. mahal sedikit yes.. but acceptable... and workmanship dia tip top...

Kalau yg melayu ni. Like kena tapis and dapat review dr previos customer betul2. Or else mmg mendapatlah.....
Quote Knowlee 9-12-2017 09:07 PM
Tu la. Org nak buat bisnes, dia pun nak buat bisnes. Pastu tak reti nak handle professionally.
Quote Cikbedah_janda 10-12-2017 09:37 AM
Khennzzz... Bongok punya wedding planner. Baik tak payah mniaga klau prangai mcmtu. Mnyusahkan customer jee

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071668 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top