Gara-gara tidak pernah membasuh sarung bantal sejak tahun 2012, seorang wanita di China mengalami bengkak serta nanah di mata. Wanita yang dikenali sebagai Wu itu mengaku tidak pernah menukar sarung bantal yang digunakannya setiap hari sejak 5 tahun lalu.
The Mail Online melaporkan, doktor di Wuhan, Huber mengesahkan mata wanita terbabit mempunyai lebih dari 100 parasit hidup pada bulu matanya akibat dari tempat tidur yang tidak bersih. Kombinasi sarung bantal kotor dan aliran udara yang baik di bilik tidur menyebabkan dia berhadapan dengan keadaan yang bahaya dan memudaratkan kesihatan.
Menurut sumber lagi, Wu sudah mengalami kegatalan tersebut sejak dua tahun lepas, tapi hanya menganggapnya sebagai perkara biasa. Walau bagaimanapun dia segera mendapatkan rawatan doktor apabila matanya tidak boleh dibuka akibat terlalu kering. -CARI
|
batmana replied at 13-12-2017 11:36 AM
sbb tu kt lokap takde tilam
kang penuh parasit dlm tu
idakamaruddin replied at 13-12-2017 12:18 PM
err korang yg ada bantal busuk bkn ke bantal tu pn sarung sume x pnh basuh ke?
ke berlainan kons ...
cekenit replied at 13-12-2017 12:27 PM
Aku pun baru terpikir benda yang sama.xpernah dengar pulak yang ade bantal busuk tu kne parasit ba ...
ADVERTISEMENT