Kita seringkali mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur. Pernahkah anda terfikir apakah sebabnya?
Ramai yang mengambil mudah dan mengabaikan nasihat ini walhal ianya berkemungkinan besar akan membawa kepada masalah yang lebih teruk daripada yang kita jangkakan. Menurut satu laporan oleh WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah mengalami lumpuh pada bahagian kiri mukanya kerana tidur dalam keadaan rambut masih lagi basah. Insiden yang berlaku di China ini menimpa wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Xiong. Dia yang bekerja di sebuah pusat membeli belah, seringkali pulang lewat ke rumah.
Akibatnya dia kerap tertidur selepas mandi, sebelum sempat mengeringkan rambutnya. Malang menimpanya, apabila suatu pagi, dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka manakala mulutnya mulai senget ketika dia sedang menggosok gigi. Risau dengan keadaan itu, dia segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Apa yang mengejutkan, doktor mengesahkan saraf muka Xiong telah mengalami lumpuh. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut yang basah. Melalui penerangan doktor tersebut, rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang. Tambah doktor itu lagi, perkara ini jadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan berehat dan tenang semasa tidur. Xiong bagaimanapun bernasih baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku buat sementara waktu. Oleh itu, doktor tersebut meminta Xiong untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria. Ini sekaligus menyebabkan jangkitan. Mengejutkan bukan? Lepas ni kenalah beringat ya. Pastikan rambut kering terlebih dahulu sebelum tidur! - CARI |
noell: ini bukan penyakit bell-palsy ka camna??
ADVERTISEMENT