Sebelum ini mereka berkeliaran di sekitar Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang. Kini geng 'ulat' bangla telah mengubah lokasi ke premis perniagaan yang terdekat.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, ejen haram ini menawarkan khidmat mengurus dokumen bagi urusan memperbaharui dan membuat pas perjalanan di pejabat pesuruhjaya itu sejak awal tahun ini. Walau bagaimanapun selepas tujuh ejen haram ditahan, mereka 'senyap' untuk beberapa minggu sebelum kembali lagi sekarang. Sumber yang dikenali sebagai Akbar berkata, operasi ejen haram Bangladesh itu beralih ke premis perniagaan seperti restoran dan kedai baik pulih motosikal. “Mereka bagai tidak serik dan masih meneruskan kerja haram itu,” katanya. Tambahan lagi, restoran yang digunakan untuk melakukan aktiviti itu juga menggunakan tanda dalam bahasa Bangladesh dan dikendalikan rakyat asing secara haram. Tanpa takut, pengurusan restoran turut menjalankan operasi menyediakan perkhidmatan mencetak gambar pasport dan lain–lain perkhidmatan bertujuan membantu ejen haram. Suasana di sekitar Leboh Pudu itu juga tidak ubah seperti ‘mini Dhaka’ apabila warga asing berniaga dan membanjiri kawasan itu. -CARI
|
10
Bagus |
9
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
taikpekatt replied at 22-12-2017 10:34 AM
Sumpah sekali lalu aku tgk gmbar tu aku ingatkan kt bangladesh. Rupanya kt ngara aku
zeed replied at 22-12-2017 02:19 PM
Aku harap keturunan2 yang membenarkan semua ni terjadi menerima balasan yang setimpal dengan peranga ...
ADVERTISEMENT