Sebuah lubang pembinaan 'memakan' nyawa penunggang motosikal di Jalan Tun Abang Haji Openg, semalam, lapor Utusan Online. Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, motosikal ditunggang Dina Dzulkarnain Asan, 28, hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam lubang yang masih dalam pembinaan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Kejadian itu tidak melibatkan pelanggaran dengan kenderaan lain, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintenden Bingkok John. “Kami menemukan kesan calar pada permukaan jalan menunjukkan motosikalnya terjatuh lalu terseret sebelum terhumban ke dalam lubang.
“Mangsa ditemukan di bawah motosikal dengan kepalanya terendam di dalam air,” katanya. Difahamkan, tanda amaran pembaikan jalan diletakkan terlalu dekat dengan lubang pembinaan itu. “Perkara ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - CARI
|
16
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
13
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 27-12-2017 03:05 AM
Baru je semalam kemalangan kat Johor mengelak lubang di jalan gelap kena gilis treler, hari ni lagi ...
iloveselangor replied at 1-1-2018 10:49 AM
Bila cawat merepair jalan....sepatut 100 meter kau dah kena letak papantanda AWAS BAIK PULIH JALAN D ...
ADVERTISEMENT